Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Tambah, padam dan cari foto dan video dalam album pada iPhone

Anda boleh menambahkan foto dan video ke album dan memadamkannya daripada album yang anda cipta dalam app Foto. Anda juga boleh mencari dalam album untuk menemui foto dan video khusus dengan cepat.

Tambah foto dan video ke album sedia ada

  1. Pergi ke app Foto pada iPhone anda.

  2. Ketik Koleksi, kemudian ketik Album.

  3. Ketik album untuk membukanya.

  4. Ketik butang Tambah selepas foto terakhir dalam grid foto album.

  5. Pilih foto atau video yang anda mahu tambah pada album, kemudian ketik butang Selesai.

    Petua: Ketik butang Cari untuk mencari foto daripada masa atau tempat khusus.

Anda juga boleh menambahkan foto dan video individu secara terus ke album. Ketik foto atau video untuk melihatnya dalam skrin penuh, ketik butang Lagi, ketik Tambah ke Album, kemudian ketik album yang anda mahu tambahkan.

Semasa melihat pustaka, anda boleh menambah berbilang item kepada album serentak. Ketik Pilih, kemudian ketik item yang anda mahu tambah. Ketik butang Kongsi, ketik Tambah ke Album, kemudian ketik album yang anda mahu tambahkan item.

Keluarkan foto dan video daripada album

  1. Pergi ke app Foto pada iPhone anda.

  2. Ketik Koleksi, kemudian ketik Album.

  3. Ketik album untuk membukanya.

  4. Sentuh dan tahan foto yang anda mahu keluarkan, kemudian ketik Keluarkan daripada Album.

Untuk mengeluarkan berbilang foto atau video daripada album, ketik Pilih, kemudian pilih item yang anda mahu keluarkan. Ketik butang Lagi, kemudian ketik Keluarkan daripada Album.

Cari foto dalam album

  1. Pergi ke app Foto pada iPhone anda.

  2. Ketik Koleksi.

  3. Ketik Album, kemudian ketik album yang anda mahu cari.

  4. Ketik butang Cari, masukkan orang, objek atau item yang anda cari, kemudian ketik butang Cari.

  5. Ketik butang Tutup untuk menutup hasil carian.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.