Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Cari foto dan video pada iPhone

Apabila anda mengetik butang Cari dalam app Foto, anda akan melihat cadangan untuk tarikh, orang dan lokasi untuk membantu anda mencari perkara yang anda mahu. Anda boleh mencari dalam tab Pustaka atau Koleksi, atau dalam album atau koleksi tertentu.

Skrin Cari dalam app Foto menunjukkan cadangan carian berdasarkan teks yang dimasukkan dalam medan carian.

Cari foto dan video

  1. Pergi ke app Foto pada iPhone anda.

  2. Ketik butang Cari di penjuru kanan bawah.

  3. Taipkan perkara yang anda cari dalam medan carian, seperti:

    • Tarikh (bulan atau tahun)

    • Tempat (bandar atau negeri)

    • Nama perniagaan (contohnya, muzium)

    • Kategori (contohnya, pantai atau matahari terbenam)

    • Peristiwa (contohnya, permainan sukan atau konsert)

    • Orang yang dikenal pasti dalam koleksi Orang & Peliharaan (lihat Cari dan namakan orang dan haiwan peliharaan)

    • Teks (contohnya, alamat e-mel atau nombor telefon)

    • Kapsyen (lihat Lihat maklumat foto dan video)

  4. Ketik salah satu cadangan atau ketik butang Cari.

  5. Leret ke atas untuk melayari hasil carian lengkap, atau ketik Koleksi untuk melihat koleksi yang menyertakan permintaan carian anda.

  6. Ketik butang Tutup untuk keluar daripada carian.

Petua: Anda boleh mengecilkan carian anda dengan memasukkan jenis media dalam medan carian, seperti Video atau Potret.

Cari mengikut peserta pustaka dikongsi

Jika anda peserta dalam Pustaka Foto Dikongsi iCloud, anda juga boleh mencari mengikut orang yang menambah foto atau video ke pustaka.

  1. Pergi ke app Foto pada iPhone anda.

  2. Ketik butang Cari, kemudian masukkan “Dikongsi oleh”.

  3. Ketik nama yang dicadangkan.

Cari dengan Apple Intelligence

Jika Apple Intelligence* diaktifkan, anda boleh mencari imej tertentu dengan menerangkan perkara yang anda mahu cari. Anda juga boleh mencari klip video untuk detik penting. Lihat Cari foto dan video tertentu dengan Apple Intelligence.

*Apple Intelligence tersedia dalam beta dengan sokongan untuk bahasa berikut: Bahasa Inggeris, Denmark, Perancis, Jerman, Itali, Norway, Portugis, Sepanyol, Sweden, Turki, Cina (Ringkas), Cina (Tradisional), Jepun, Korea dan Vietnam. Sesetengah ciri mungkin tidak tersedia dalam semua bahasa atau rantau. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ketersediaan bahasa dan ciri serta keperluan sistem, lihat artikel Sokongan Apple Cara mendapatkan Apple Intelligence.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.