Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Gunakan Apple Intelligence dalam Mail pada iPhone

Apple Intelligence* memudahkan anda mengikuti perkembangan e-mel anda. Di samping menggunakan Alat Menulis untuk menulis mesej keluar, anda boleh menggunakan Mesej Keutamaan untuk melihat e-mel anda yang paling penting dengan cepat, seperti jemputan makan malam hari yang sama atau pas naik. Balasan Pintar membantu anda mengarang balasan e-mel pantas untuk memastikan semua e-mel dijawab. Anda juga boleh melihat ringkasan yang kelihatan secara automatik dalam petik masuk anda, serta menjana ringkasan e-mel kompleks dan jalur e-mel panjang untuk melihat semua butiran berkaitan.

Skrin iPhone menunjukkan e-mel. Ringkasan e-mel kelihatan di bahagian atas skrin.

Nota: Apple Intelligence tidak tersedia pada semua model iPhone atau dalam semua bahasa atau rantau.** Untuk mengakses ciri tersedia yang terkini, pastikan anda menggunakan versi terkini iOS dan mengaktifkan Apple Intelligence.

Lihat Mesej Keutamaan dalam peti masuk anda

  1. Pergi ke app Mail pada iPhone anda.

  2. Ketik peti masuk anda, ketik butang Lagi, kemudian ketik Tunjukkan Keutamaan.

    E-mel sensitif masa kelihatan di bahagian atas peti masuk anda.

    Nota: Mesej Keutamaan kelihatan dalam kategori Utama atau dalam Paparan Senarai.

Gunakan Balasan Pintar dalam Mail

  1. Pergi ke app Mail pada iPhone anda.

  2. Ketik e-mel, ketik butang Balas, kemudian ketik Balas.

  3. Dalam papan kekunci, ketik balasan dicadangkan.

    Apple Intelligence mencipta draf balasan dalam e-mel. Untuk memperhaluskan balasan anda, lihat Gunakan Alat Menulis dengan Apple Intelligence pada iPhone.

  4. Apabila anda bersedia untuk menghantar balasan anda, ketik butang Hantar.

Ringkaskan e-mel anda

Apple Intelligence boleh membantu anda meringkaskan e-mel kompleks, atau mengikuti jaluran e-mel yang panjang dalam beberapa saat.

  1. Pergi ke app Mail pada iPhone anda.

    Ringkasan pendek kelihatan secara automatik di bawah setiap e-mel dalam peti masuk anda.

  2. Ketik e-mel, kemudian ketik Ringkaskan.

Ringkasan kelihatan di bahagian atas skrin. Jika mesej ialah sebahagian daripada jaluran e-mel, kandungan jaluran diringkaskan.

Aktifkan atau nyahaktifkan pratonton ringkasan e-mel

Apabila anda mengaktifkan Apple Intelligence, ringkasan kelihatan secara automatik di bawah e-mel anda. Sebaliknya, anda boleh menyahaktifkan ringkasan jika anda mahu melihat baris pertama mesej terbaharu.

  1. Pergi ke app Seting  pada iPhone anda.

  2. Ketik App, kemudian ketik Mail.

  3. Aktifkan atau nyahaktifkan Ringkaskan Pratonton Mesej.

*Apple Intelligence menggunakan model generatif dan output mungkin berbeza. Semak maklumat penting untuk ketepatan.
**Apple Intelligence tersedia dalam beta dengan sokongan untuk bahasa berikut: Bahasa Inggeris, Denmark, Perancis, Jerman, Itali, Norway, Portugis, Sepanyol, Sweden, Turki, Cina (Ringkas), Cina (Tradisional), Jepun, Korea dan Vietnam. Sesetengah ciri mungkin tidak tersedia dalam semua bahasa atau rantau. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ketersediaan bahasa dan ciri serta keperluan sistem, lihat artikel Sokongan Apple Cara mendapatkan Apple Intelligence.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.