Nilaikan atau ulas podcast pada iPhone

Anda boleh menilai dan mengulas rancangan, membaca ulasan daripada pendengar lain dan memadamkan ulasan yang anda tulis jika anda menukar fikiran anda kemudian.

Nilaikan atau ulas rancangan

  1. Pergi ke app Podcast pada iPhone anda.

  2. Cari atau layari rancangan.

  3. Ketik rancangan yang anda mahu nilaikan atau ulas, kemudian skrol ke bawah ke Penilaian & Ulasan.

  4. Lakukan mana-mana daripada berikut:

    • Nilaikan rancangan: Ketik bintang untuk menilaikan rancangan daripada 1 hingga 5.

    • Ulas rancangan: Ketik Tulis Ulasan. Ketik bintang untuk menilaikan rancangan, masukkan ulasan anda, kemudian ketik butang Hantar.

    • Edit ulasan: Ketik Tulis Ulasan, buat sebarang perubahan, kemudian ketik butang Hantar.

Padam penilaian atau ulasan

  1. Pergi ke app Podcast pada iPhone anda.

  2. Ketik Laman Utama di bahagian bawah skrin, kemudian ketik butang Akaun Saya atau gambar profil anda.

  3. Ketik nama anda (anda mungkin perlu mendaftar masuk), kemudian ketik Penilaian dan Ulasan.

  4. Ketik Edit, kemudian ketik butang Keluarkan.

  5. Ketik Selesai.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.