Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Ambil foto dan video makro dengan kamera iPhone anda

Pada model disokong, Kamera menggunakan kamera Ultralebar untuk menangkap fotografi makro—syot dekat yang menakjubkan dalam fokus tajam. Anda boleh mengambil foto makro dan Live Photo, serta merakam video gerak perlahan dan selang masa makro.

Ambil foto atau video mikro

  1. Buka Kamera pada iPhone anda.

    Pastikan Kamera berada dalam mod Foto atau Video.

  2. Dekati subjek—sejauh lebih kurang 2 sentimeter. Kamera akan bertukar secara automatik kepada kamera Ultralebar untuk mendayakan fotografi makro.

  3. Ketik butang Pengatup untuk mengambil foto atau butang Rakam untuk mula dan berhenti merakam video. Pada model dengan Kawalan Kamera, klik untuk mengambil foto atau mula dan berhenti merakam.

Ambil video gerak perlahan dan selang masa makro

  1. Buka Kamera pada iPhone anda.

  2. Leret kanan untuk memilih mod Slo-mo atau Selang Masa.

  3. Ketik .5x untuk bertukar ke kamera Ultralebar, kemudian gerak mendekati subjek.

  4. Ketik butang Rakam atau klik Kawalan Kamera pada (model yang disokong) untuk mula dan berhenti merakam.

Kawal penukaran makro automatik

Anda boleh mengawal masa Kamera bertukar secara automatik ke kamera Ultralebar untuk menangkap foto dan video makro.

  1. Buka Kamera pada iPhone anda.

  2. Dekati subjek anda.

    Apabila anda mendekati jarak makro subjek anda, butang Makro Auto Aktif kelihatan pada skrin.

  3. Ketik butang Makro Auto Aktif untuk menyahaktifkan penukaran makro automatik.

    Petua: Jika foto atau video menjadi kabur, anda boleh mengundur atau mengetik .5x untuk bertukar kepada kamera Ultralebar.

  4. Ketik butang Makro Auto Tak Aktif untuk mengaktifkan semula penukaran makro automatik.

Untuk menyahaktifkan Kawalan Makro manual semasa mengambil foto dan video, pergi ke Seting > Kamera, kemudian nyahaktifkan Kawalan Makro.

Jika anda mahu mengekalkan seting Kawalan Makro anda antara sesi kamera, pergi ke Seting  > Kamera > Kekalkan Seting, kemudian aktifkan Kawalan Makro.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.