Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Sandarkan iPhone

Anda boleh menyandarkan iPhone menggunakan iCloud atau komputer anda. Untuk menentukan kaedah yang terbaik untuk anda, lihat Perihal sandaran untuk iPhone, iPad dan iPod touch.

Petua: Jika anda menukar iPhone, anda boleh menggunakan sandarannya untuk memindahkan maklumat anda ke peranti baharu. Lihat Pulihkan semua kandungan ke iPhone daripada sandaran.

Sandarkan iPhone menggunakan iCloud

Sandaran iCloud menyimpan maklumat dan seting pada peranti anda yang tidak diselaraskan ke iCloud secara tetap. Ini termasuk perkara seperti seting peranti, tataletak Skrin Utama dan susunan app. Lihat artikel Sokongan Apple Apakah yang disandarkan oleh iCloud?

  1. Pergi ke app Seting pada iPhone anda.

  2. Ketik [nama anda], ketik iCloud, kemudian ketik Sandaran iCloud.

  3. Aktifkan Sandarkan iPhone Ini.

    iCloud menyandarkan iPhone anda setiap hari secara automatik apabila iPhone bersambung ke kuasa, dikunci dan bersambung ke Wi-Fi.

    Nota: Pada model yang menyokong 5G, pembawa anda mungkin memberikan anda pilihan untuk menyandarkan iPhone menggunakan rangkaian selular anda. Pergi ke Seting > [nama anda] > iCloud > Sandaran iCloud, kemudian aktifkan atau nyahaktifkan Sandarkan Melalui Selular.

  4. Untuk melakukan sandaran manual, ketik Sandarkan Sekarang.

Jika anda memerlukan bantuan menyandarkan iPhone anda dengan iCloud, lihat artikel Sokongan Apple Jika anda tidak boleh menyandarkan ke iCloud.

Lihat storan iCloud tersedia

  1. Pergi ke app Seting pada iPhone anda.

  2. Ketik [nama anda], kemudian ketik iCloud.

    Jumlah storan iCloud yang digunakan dengan jumlah storan iCloud yang tersedia kelihatan di bahagian atas skrin.

Urus storan iCloud

Anda boleh melihat butiran tentang sandaran iCloud seperti sandaran terakhir, saiz sandaran seterusnya dan app yang disertakan dalam sandaran.

  1. Pergi ke app Seting pada iPhone anda.

  2. Ketik [nama anda], kemudian ketik iCloud.

  3. Ketik Sandaran iCloud, kemudian ketik iPhone anda (iPhone Ini).

  4. Untuk mengurangkan saiz sandaran, ketik app yang anda tidak mahu sandarkan lagi; data sandaran sedia ada app juga akan dipadam daripada iCloud.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat artikel Sokongan Apple Uruskan storan iCloud anda.

Sandarkan iPhone menggunakan Mac anda

Anda boleh menyimpan sandaran iPhone anda pada Mac anda.

  1. Sambungkan iPhone dan komputer anda dengan kabel.

  2. Dalam bar sisi Finder pada Mac anda, pilih iPhone anda.

    Untuk menggunakan Finder bagi menyandarkan iPhone anda, macOS 10.15 atau lebih baharu diperlukan. Dengan versi macOS yang lebih awal, gunakan iTunes untuk menyandarkan iPhone.

  3. Di bahagian atas tetingkap Finder, klik Umum.

  4. Pilih “Sandarkan semua data pada iPhone anda ke Mac ini”.

  5. Untuk menyulitkan data sandaran anda dan melindunginya dengan kata laluan, pilih “Sulitkan sandaran setempat”.

  6. Klik Sandarkan Sekarang.

Nota: Anda juga boleh menyambungkan iPhone ke komputer anda secara wayarles. Lihat Selaraskan iPhone anda dengan peranti lain.

Sandarkan iPhone menggunakan peranti Windows anda

  1. Sambungkan iPhone dan komputer anda dengan kabel.

  2. Dalam app iTunes pada peranti Windows anda, klik butang iPhone berdekatan bahagian kiri atas tetingkap iTunes.

  3. Klik Ringkasan.

  4. Klik Sandarkan Sekarang (di bawah Sandaran).

  5. Untuk menyulitkan sandaran anda, pilih “Sulitkan sandaran setempat”, taipkan kata laluan, kemudian klik Setkan Kata Laluan.

Untuk melihat sandaran yang disimpan pada komputer anda, pilih Edit > Keutamaan, kemudian klik Peranti. Sandaran yang disulitkan mempunyai ikon kunci dalam senarai sandaran.

Nota: Anda juga boleh menyambungkan iPhone ke komputer anda secara wayarles. Lihat Selaraskan iPhone anda dengan peranti lain.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.