Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Gunakan iPhone dengan lebih selesa semasa menaiki kenderaan

Jika anda mengalami ketidakselesaan apabila anda menggunakan iPhone semasa menaik kenderaan sebagai penumpang dalam kereta atau kenderaan atas jalan lain, anda boleh mengaktifkan Tanda Pergerakan Kenderaan—kiu atas skrin yang boleh membantu anda mengurangkan mabuk gerak. Tanda Pergerakan Kenderaan kelihatan sebagai titik animasi pada hujung skrin yang mewakili cara kenderaan bergerak tanpa mengganggu perkara yang anda lakukan pada iPhone.

Nota: Tanda Pergerakan Kenderaan tidak seharusnya digunakan semasa mengendalikan kenderaan bergerak dan dalam situasi yang memerlukan perhatian terhadap keselamatan. Untuk maklumat penting tentang mengelak gangguan yang boleh membawa kepada situasi berbahaya, lihat Maklumat keselamatan penting untuk iPhone. Tanda Pergerakan Kenderaan berfungsi secara terbaik apabila anda duduk menghadap ke hadapan dalam kenderaan.

Gunakan iPhone dengan lebih selesa semasa menaiki kenderaan

  1. Pergi ke app Seting pada iPhone anda.

  2. Ketik Kebolehcapaian, kemudian ketik Pergerakan.

  3. Ketik Tanda Pergerakan Kenderaan, kemudian ketik pilihan. Jika anda memilih Automatik, titik beranimasi kelihatan pada skrin apabila iPhone mengesan yang anda sedang menaiki kereta atau kenderaan atas jalan yang lain; titik disembunyikan apabila pergerakan berhenti.

  4. Untuk menunjukkan atau menyembunyikan Tanda Pergerakan Kenderaan secara manual, buka Pusat Kawalan, ketik butang Tanda Pergerakan Kenderaan, kemudian ketik pilihan.

    Petua: Anda juga boleh menyediakan pintasan untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan Tanda Pergerakan Kenderaan. Lihat Aktifkan atau nyahaktifkan ciri kebolehcapaian dengan cepat.

Sesuaikan Tanda Pergerakan Kenderaan

  1. Pergi ke app Seting pada iPhone anda.

  2. Ketik Kebolehcapaian, kemudian ketik Pergerakan.

  3. Ketik Tanda Pergerakan Kenderaan, kemudian ketik Sesuaikan Penampilan.

  4. Sesuaikan mana-mana yang berikut:

    • Corak: Pilih Biasa untuk corak yang stabil dan mudah diramalkan atau Dinamik untuk pengalaman visual yang lebih menarik.

    • Warna: Pilih warna. Ketepuan warna akan dilaraskan secara automatik untuk mengekalkan kontras dengan kandungan di belakang setiap titik.

    • Keterlihatan: Pilih Titik Lebih Besar untuk meningkatkan saiz titik atau Lebih Titik untuk meningkatkan bilangan titik.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.