Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Mainkan rakaman dalam Memo Suara pada iPhone

Anda boleh memainkan audio yang anda rakam pada iPhone anda menggunakan kawalan main balik.

Anda juga boleh melaraskan pilihan main balik untuk menukar kawalan main balik, mengurangkan bunyi latar belakang dan mengisi kesenyapan.

Nota: Menukar seting ini tidak akan menjejaskan rakaman. Seting yang anda pilih untuk rakaman kekal dengan rakaman khusus tersebut dan digunakan setiap kali anda memainkan rakaman. Ini tidak digunakan pada rakaman lain.

Skrin senarai Memo Suara dengan rakaman dipilih di bahagian atas. Garis masa rakaman mempunyai penunjuk main, yang anda boleh seret ke tempat khusus dalam rakaman. Kawalan main adalah di bawah garis masa.

Kawalan

Perihalan

Butang Main.

Main

Butang Jeda.

Jeda

Butang Putar Balik Lima Belas Saat.

Langkau ke belakang 15 saat

Butang Maju Pantas Lima Belas Saat.

Langkau ke depan 15 saat

Petua: Semasa rakaman dibuka, anda boleh mengetik namanya untuk menamakannya semula.

Tukar kelajuan main balik

Anda boleh memainkan rakaman pada kelajuan yang lebih laju atau lebih perlahan.

  1. Pergi ke app Memo Suara (dalam folder Utiliti) pada iPhone anda.

  2. Dalam senarai rakaman, ketik rakaman yang anda mahu mainkan, kemudian ketik butang Lagi.

  3. Ketik butang Pilihan, kemudian seret gelangsar ke arah kura-kura untuk kelajuan yang lebih perlahan, atau ke arah arnab untuk kelajuan yang lebih laju.

  4. Ketik butang Selesai, kemudian ketik butang Main untuk memainkan rakaman.

Tingkatkan rakaman

Anda boleh mengaktifkan Tingkatkan Rakaman untuk mengurangkan bunyi latar belakang dan gema apabila anda memainkan rakaman Mono dan Stereo.

  1. Pergi ke app Memo Suara (dalam folder Utiliti) pada iPhone anda.

  2. Dalam senarai rakaman, ketik rakaman yang anda mahu tingkatkan, kemudian ketik butang Lagi.

  3. Ketik Pilihan, kemudian aktifkan Tingkatkan Rakaman.

  4. Ketik butang Selesai, kemudian ketik butang Main untuk memainkan rakaman.

Langkau jurang semasa memainkan balik rakaman

Memo Suara boleh menganalisis rakaman Mono dan Stereo anda serta melangkau jurang semasa memainkannya secara automatik.

  1. Pergi ke app Memo Suara (dalam folder Utiliti) pada iPhone anda.

  2. Ketik rakaman yang anda mahu mainkan, kemudian ketik butang Lagi.

  3. Ketik Pilihan, kemudian aktifkan Langkau Senyap.

  4. Ketik butang Selesai, kemudian ketik butang Main untuk memainkan rakaman.

Aktifkan Suara Studio untuk mengurangkan bunyi dan talun latar belakang

Anda boleh mengaktifkan Suara Studio untuk mengurangkan bunyi dan talun latar belakang pada rakaman audio ruang anda dan menjadikan rakaman anda seperti dirakam di studio profesional (tersedia pada model iPhone disokong).

  1. Pergi ke app Memo Suara (dalam folder Utiliti) pada iPhone anda.

  2. Ketik rakaman yang anda mahu mainkan, kemudian ketik butang Lagi.

  3. Ketik Pilihan, aktifkan Suara Studio, kemudian seret gelangsar untuk meningkatkan atau mengurangkan kesan dan paras bunyi latar belakang.

  4. Ketik butang Selesai, kemudian ketik butang Main untuk memainkan rakaman.

Reset pilihan main balik

Anda boleh mengembalikan semua pilihan main balik untuk rakaman kepada seting asalnya pada masa yang sama.

  1. Pergi ke app Memo Suara (dalam folder Utiliti) pada iPhone anda.

  2. Ketik rakaman yang anda mahu nyahaktifkan pilihan main balik, kemudian ketik butang Lagi.

  3. Ketik Pilihan, kemudian ketik Reset.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.