Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Dapatkan perihalan langsung persekitaran anda dalam VoiceOver pada iPhone

Jika anda buta atau mempunyai penglihatan yang lemah, anda boleh menggunakan Pengecaman VoiceOver pada iPhone untuk mengimbas persekitaran anda dan mendapatkan perihalan langsung gambaran dikesan dalam paparan kamera. Anda juga boleh mendapatkan perihalan imej atas skrin dan unsur antara muka, walaupun dalam app dan halaman web yang tidak menyediakan maklumat kebolehcapaian.

Penting: Anda tidak patut bergantung pada Pengecaman VoiceOver dalam keadaan yang boleh membahayakan atau mencederakan anda, dalam situasi berisiko tinggi, untuk navigasi atau diagnosis, atau rawatan sebarang keadaan perubatan.

Dapatkan perihalan langsung persekitaran anda

  1. Dengan VoiceOver diaktifkan, ketik tiga kali skrin dengan empat jari untuk memulakan Pengecaman Langsung.

  2. Pilih jenis maklumat visual yang anda mahu VoiceOver perihalkan seperti suasana, orang, pintu, perabot atau teks. Di bahagian bawah skrin, pilih kategori, kemudian dwiketik untuk mengaktifkannya atau menyahaktifkannya. Jika anda mengaktifkan Tuding & Sebut, anda boleh menuding jari di teks dan buatkan VoiceOver bacanya dengan kuat.

    Nota: Pengesanan orang, pintu dan perabot hanya tersedia pada model iPhone yang disokong.

  3. Tempatkan iPhone supaya kamera belakang boleh mengesan perkara di sekeliling anda. VoiceOver memperihalkan perkara ia kesan.

    Untuk mengganggu pertuturan VoiceOver dan beralih ke item dikesan yang seterusnya, ketik skrin dengan dua jari.

  4. Untuk menyahaktifkan Pengecaman Langsung, ketik skrin tiga kali dengan empat jari. Atau jika kursor VoiceOver difokuskan pada unsur antara muka untuk Pengecaman Langsung, lakukan gosokan dua jari (gerakkan dua jari ke depan belakang sebanyak tiga kali dengan cepat, untuk membuat “z”).

Petua: Anda juga boleh menyediakan pintasan untuk mula dan berhenti Pengecaman Langsung dengan cepat. Lihat Sediakan pintasan untuk Pengecaman Langsung.

Anda juga boleh menggunakan Mod Pengesanan dalam app Pembesar untuk mengesan dan memperihalkan suasana, orang dan banyak lagi. Lihat Dapatkan perihalan langsung maklumat visual di sekitar anda dengan Pembesar.

Untuk menukar seting Pengecaman Langsung, pergi ke app Pembesar , ketik butang Seting, kemudian ketik Kesan. Ketik Suasana, Orang, Pintu, Perabot, Teks, atau Tuding & Sebut.

Dapatkan perihalan imej dalam app dan pada web

Dengan Pengecaman VoiceOver, anda boleh mendapatkan perihalan orang, objek dan teks di imej dalam app dan pada halaman web, walaupun jika ia tidak menyediakan maklumat kebolehcapaian. Anda boleh menggerakkan jari anda ke atas foto untuk mengetahui kedudukan relatif orang ke objek lain atau menavigasi label nutrisi dan resit dalam item pesanan yang disenaraikan.

  1. Pergi ke app Seting  pada iPhone anda.

  2. Ketik Kebolehcapaian, ketik VoiceOver, ketik Pengecaman VoiceOver, ketik Perihalan Imej, kemudian hidupkan Perihalan Imej.

  3. Untuk mendapatkan perihalan teks ditemui dalam imej, aktifkan Pengecaman Teks.

  4. Pergi ke app seperti Foto atau Safari , kemudian pilih imej.

  5. Leret ke atas untuk mendengar lebih banyak pilihan, kemudian dwiketik apabila anda mendengar Teroka Imej.

  6. Gerakkan jari anda di sekeliling imej untuk mencari kedudukan setiap objek.

    Nota: Perihalan imej tidak tersedia dalam semua bahasa. Lihat Ketersediaan Ciri iOS dan iPadOS untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Tambah perihalan tersuai imej dalam Foto

  1. Pergi ke app Foto  pada iPhone anda.

  2. Dwiketik imej yang anda mahu tambahkan perihalan tersuai.

  3. Dwiketik butang Edit, kemudian dwiketik butang Penanda.

  4. Dwiketik butang Tambah, kemudian dwiketik Perihalan Imej.

  5. Masukkan perihalan tersuai anda.

  6. Dwiketik butang Selesai, kemudian dwiketik butang Selesai lagi.

Selepas anda menambah perihalan tersuai pada foto dalam app Foto, anda akan mendengar perihalan apabila anda memilih foto dalam pemilih foto dan apabila anda dwiketiknya.

Dapatkan perihalan elemen antara muka

Dengan Pengecaman VoiceOver, anda boleh mendapatkan perihalan elemen antara muka dalam app dan pada halaman web, walaupun jika ia tidak menyediakan maklumat kebolehcapaian.

  1. Pergi ke app Seting  pada iPhone anda.

  2. Ketik Kebolehcapaian, ketik VoiceOver, ketik Pengecaman VoiceOver, ketik Pengecaman Skrin, kemudian hidupkan Pengecaman Skrin.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.