Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Cari dan namakan orang serta haiwan peliharaan dalam Foto pada iPhone

App Foto mengisih foto dan video orang, anjing dan kucing dalam koleksi Orang & Peliharaan (atau koleksi Orang jika tiada haiwan peliharaan yang kelihatan). Anda boleh menamakan orang, anjing atau kucing secara terus daripada foto atau video dalam pustaka foto anda atau dalam koleksi Orang & Peliharaan.

Namakan orang atau haiwan peliharaan dalam foto atau video

Apabila anda menamakan orang atau haiwan peliharaan dalam foto atau video, mereka ditambah ke koleksi Orang & Peliharaan secara automatik dan dinamakan dalam foto dan video lain dalam pustaka anda.

  1. Pergi ke app Foto pada iPhone anda.

  2. Buka foto atau video, kemudian leret ke atas untuk melihat butiran.

    Orang atau haiwan peliharaan dalam foto atau video kelihatan di penjuru bawah kiri. Tanda soal kelihatan di sebelah orang yang anda belum namakan.

  3. Ketik orang atau haiwan peliharaan dengan tanda soal di sebelah gambar mereka, kemudian ketik Edit Nama dan Foto.

    Bahagian separuh atas skrin iPhone menunjukkan foto dibuka dalam app Foto. Di penjuru kiri bawah foto ialah muka orang yang kelihatan dalam foto. Salah satu muka mempunyai tanda soal di sebelahnya. Menu pilihan termasuklah, dari atas ke bawah, Semua Foto, Jadikan Foto Utama, Edit Nama dan Foto serta Jangan Tampilkan Orang Ini.
  4. Ketik Namakan Orang Ini atau Namakan Peliharaan Ini, masukkan nama mereka, kemudian ketik butang Selesai.

Namakan orang atau haiwan peliharaan dalam koleksi Orang & Peliharaan

  1. Pergi ke app Foto pada iPhone anda.

  2. Ketik Koleksi, ketik Orang & Peliharaan, kemudian ketik orang atau haiwan peliharaan yang anda mahu namakan.

    Koleksi Orang & Peliharaan dalam app Foto. Kumpulan kelihatan di bahagian atas dan orang serta haiwan peliharaan disenaraikan di bawah.
  3. Ketik Namakan Orang Ini atau Namakan Haiwan Peliharaan Ini, kemudian masukkan nama mereka.

    Jika orang disenaraikan dalam kenalan, anda boleh mengetik nama mereka di bawah Hasil.

  4. Ketik butang Selesai.

Jika orang atau haiwan peliharaan yang anda mahu namakan tidak kelihatan, ketik Tambah Orang di bahagian bawah koleksi Orang & Peliharaan untuk melihat lebih banyak muka.

Untuk mencipta koleksi kumpulan orang dan haiwan peliharaan, lihat Cari foto kumpulan.

Tukar foto utama untuk orang atau haiwan peliharaan

Anda boleh menukar foto utama orang atau haiwan peliharaan dalam koleksi Orang & Peliharaan.

  1. Pergi ke app Foto pada iPhone anda.

  2. Ketik Koleksi, ketik Orang & Peliharaan, kemudian sentuh dan tahan foto utama yang anda mahu tukar.

  3. Ketik Edit Nama dan Foto, kemudian ketik ikon foto di penjuru kanan bawah foto utama semasa.

  4. Pilih foto baharu daripada pilihan dalam grid foto, kemudian ketik butang Selesai.

Tandakan orang atau haiwan peliharaan sebagai kegemaran

Tandakan orang atau haiwan peliharaan yang anda berinteraksi dengan paling kerap sebagai kegemaran supaya lebih mudah untuk mencari mereka dalam koleksi Orang & Peliharaan.

  1. Pergi ke app Foto pada iPhone anda.

  2. Ketik Koleksi, kemudian ketik Orang & Peliharaan.

  3. Sentuh dan tahan foto utama orang atau haiwan peliharaan, kemudian ketik Kegemaran.

Untuk mengeluarkan orang atau haiwan peliharaan daripada kegemaran anda, sentuh dan tahan foto utama mereka dalam koleksi Orang & Peliharaan, kemudian ketik Nyahgemar.

Betulkan nama yang salah

Anda boleh membetulkan pengenalpastian yang salah dalam koleksi Orang & Peliharaan.

  1. Pergi ke app Foto pada iPhone anda.

  2. Ketik Koleksi, kemudian ketik Orang & Peliharaan.

  3. Ketik orang atau haiwan peliharaan yang disalah kenal pasti, kemudian ketik butang Lagi di bahagian atas skrin.

  4. Ketik nama yang salah di bahagian atas menu, ketik nama lagi, masukkan nama yang betul, kemudian ketik butang Selesai.

Anda juga boleh membetulkan pengenalpastian yang salah dengan melihat foto atau video dalam pustaka anda. Leret atas untuk melihat maklumat foto atau video. Ketik orang dan haiwan peliharaan yang dikenal pasti dalam bulatan di penjuru kiri bawah. Ketik Ini Bukan [nama], kemudian ketik Namakan Semula Orang Ini atau Namakan Semula Peliharaan Ini.

Isih koleksi Orang & Peliharaan mengikut abjad atau secara manual

  1. Pergi ke app Foto pada iPhone anda.

  2. Ketik Koleksi, ketik Orang & Peliharaan, ketik Isih, kemudian pilih salah satu pilihan berikut:

    • Isih ikut abjad: Ketik Isih ikut Nama.

    • Isih secara manual: Ketik Isih ikut Tertib Tersuai, kemudian sentuh dan tahan foto utama serta seretnya ke kedudukan baharu.

Sembunyikan atau jangan tampilkan orang atau haiwan peliharaan

  1. Pergi ke app Foto pada iPhone anda.

  2. Ketik Orang & Peliharaan, kemudian sentuh foto utama orang atau haiwan peliharaan.

  3. Ketik Sembunyikan [nama] atau Jangan Tampilkan [nama].

Apabila anda menggunakan Foto iCloud, Orang & Peliharaan dikemas kini pada semua peranti anda.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.