Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Jejak peristiwa dalam Kalendar pada iPhone

Anda boleh menyesuaikan pemberitahuan yang memaklumkan anda tentang peristiwa kalendar akan datang, jemputan dan banyak lagi. Anda juga boleh memastikan peristiwa dan maklumat kalendar lain anda terkini pada semua peranti anda.

Sesuaikan pemberitahuan Kalendar

  1. Pergi ke app Seting pada iPhone anda.

  2. Ketik Pemberitahuan, kemudian ketik Kalendar.

  3. Aktifkan Benarkan Pemberitahuan.

  4. Pilih cara dan tempat yang anda mahu pemberitahuan kelihatan—sebagai contoh, pada Skrin Kunci, dalam Pusat Pemberitahuan, sebagai sepanduk di bahagian atas skrin, dengan bunyi isyarat dan sebagainya.

Aktifkan pemberitahuan tersuai untuk peristiwa kalendar khusus

Selepas menyesuaikan pemberitahuan Kalendar, anda boleh memilih sama ada anda mahu pemberitahuan kelihatan untuk peristiwa tertentu—contohnya seperti acara akan datang atau balasan peserta.

  1. Pergi ke app Seting pada iPhone anda.

  2. Ketik Pemberitahuan, kemudian ketik Kalendar.

  3. Skrol ke bawah dan ketik Sesuaikan Pemberitahuan.

  4. Aktifkan atau nyahaktifkan pemberitahuan tersuai khusus.

Pastikan kalendar anda terkini merentas peranti anda

Anda boleh menggunakan iCloud untuk memastikan maklumat kalendar anda terkini pada semua peranti anda yang anda daftar masuk ke Akaun Apple yang sama.

  1. Pergi ke app Seting  pada iPhone anda.

  2. Ketik nama anda, kemudian ketik iCloud.

  3. Ketik Lihat Semua bersebelahan Disimpan ke iCloud.

  4. Ketik Kalendar iCloud dan aktifkan Gunakan iPhone ini.

Jika anda tidak mahu menggunakan iCloud untuk kalendar, anda boleh menyelaraskan maklumat kalendar antara iPhone dan komputer anda. Lihat Pindahkan fail antara iPhone anda dan peranti lain.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.