Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Lihat perkara yang rakan dengar dalam Muzik pada iPhone

Selepas anda mencipta profil Apple Music, anda boleh mencari dan mengikuti rakan untuk melihat perkara yang mereka dengari.

Pilih cara untuk mencari rakan

Sebelum anda boleh memilih rakan untuk berkongsi muzik, anda perlu membenarkan Muzik untuk mengakses kenalan anda.

  1. Pergi ke app Muzik pada iPhone anda.

  2. Ketik butang Akaun Saya atau gambar profil anda.

  3. Lakukan mana-mana daripada berikut:

    • Benarkan Apple Music mengakses kenalan anda: Pilih pilihan Kenalan pada Apple Music supaya Apple Music boleh mengakses kenalan anda dan mengesyorkan rakan baharu untuk anda dari semasa ke semasa.

    • Benarkan rakan mencari anda mengikut Akaun Apple anda: Pilih pilihan Benarkan Carian mengikut Akaun Apple dan rakan yang mempunyai maklumat Akaun Apple anda boleh melihat anda sebagai rakan yang disyorkan.

Ikuti rakan

Terdapat beberapa cara untuk mengikuti orang:

  • Tambah rakan apabila anda menyediakan profil.

  • Selepas anda menyediakan profil anda, leret ke bahagian bawah skrin profil, ketik Ikuti Lebih Ramai Rakan, kemudian ketik Ikuti bersebelahan mereka yang anda mahu ikuti.

    Anda boleh mengikuti rakan anda yang berada dalam senarai kenalan dan yang menggunakan Apple Music.

  • Pada skrin profil, sentuh dan tahan gambar profil, kemudian ketik Ikut.

  • Ketik Cari, masukkan nama rakan, ketiknya dalam hasil, kemudian ketik Ikut.

    Nota: Anda hanya boleh mencari rakan yang mempunyai profil Apple Music menggunakan Cari. Selain itu, anda mesti berumur 13 tahun atau lebih tua untuk melihat profil Apple Music. (Pengehadan umur berbeza mengikut rantau.)

Untuk melihat orang yang anda ikut dan orang yang mengikuti anda, buka skrin profil, kemudian leret ke atas.

Jika gambar profil mempunyai kunci padanya, anda perlu meminta kepada orang tersebut untuk mengikuti mereka. Selepas permintaan anda diterima, anda melihat senarai main dikongsi orang tersebut dan muzik yang didengari mereka.

Lihat apa yang rakan anda sedang dengar

  1. Pergi ke app Muzik pada iPhone anda.

  2. Ketik Laman Utama, kemudian lakukan mana-mana daripada berikut:

    • Lihat apa yang rakan anda sedang dengar: Skrol ke bawah ke Muzik yang Didengari Rakan, kemudian ketik item untuk memainkannya.

    • Dengar campuran lagu yang rakan anda sedang dengar: Leret ke kiri pada Dibuat Untuk Anda, kemudian ketik Campuran Rakan.

    • Lihat apa yang pengikut atau orang yang anda ikut sedang dengar: Ketik butang Akaun Saya atau gambar profil anda, kemudian ketik Lihat Profil. Ketik gambar profil orang untuk melihat senarai main dikongsi dan muzik yang kerap didengar oleh mereka. Anda juga boleh melihat pengikut mereka dan orang yang mereka ikuti.

Berhenti mengikuti rakan

Anda boleh berhenti mengikuti rakan jika tidak lagi mahu melihat perkara yang mereka dengar.

  1. Pergi ke app Muzik pada iPhone anda.

  2. Ketik butang Akaun Saya atau gambar profil anda.

  3. Ketik Lihat Profil, sentuh dan tahan gambar profil orang yang anda mahu ikut, kemudian ketik Nyahikut.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.