Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Lihat transkripsi Memo Suara pada iPhone

Pertuturan dalam rakaman audio boleh ditranskripsi kepada teks dalam Memo Suara. Anda boleh melihat transkripsi semasa anda merakam atau selepas merakam.

Nota: Transkripsi audio tersedia pada iPhone 12 atau lebih baharu dalam bahasa Inggeris (semua varian), Sepanyol, Portugis, Itali, Perancis, Jerman, Jepun, Korea, Cina Ringkas dan Cina Tradisional. Ia tidak tersedia di semua negara atau rantau.

Jika anda membuka rakaman yang dicipta dalam versi lebih awal Memo Suara (iOS 17 atau lebih awal), Memo Suara akan mentranskripsikannya secara automatik jika ia termasuk pertuturan dirakam.

Lihat transkripsi semasa merakam

  1. Pergi ke app Memo Suara (dalam folder Utiliti) pada iPhone anda.

  2. Ketik butang Rakam untuk mula merakam.

  3. Leret ke atas dari bahagian atas bentuk gelombang, kemudian ketik butang Transkripsi untuk melihat transkripsi langsung.

    Bentuk gelombang hilang buat sementara dan transkripsi kelihatan dengan perkataan semasa diserlahkan. Untuk kembali ke paparan bentuk gelombang, ketik butang Transkripsi.

  4. Ketik butang Jeda untuk jeda rakaman; ketik Teruskan untuk meneruskan.

  5. Untuk menyimpan rakaman, ketik butang Selesai.

Lihat atau salin teks yang ditranskripsi selepas rakaman

  1. Pergi ke app Memo Suara (dalam folder Utiliti) pada iPhone anda.

  2. Ketik rakaman dengan transkrip yang anda mahu lihat.

  3. Ketik butang Lagi, kemudian lakukan satu daripada berikut:

    • Salin sebahagian transkrip: Pilih Lihat Transkrip, pilih teks yang anda mahu salin, kemudian ketik Salin.

    • Salin seluruh transkrip: Pilih Salin Transkrip.

    Anda boleh membuka dokumen lain—contohnya, mesej Mail atau fail teks—dan tampal teks padanya.

Dengan Apple Intelligence,* anda boleh menggunakan Alat Menulis untuk meringkaskan transkrip dengan satu ketik, pruf kerja anda dan mencari susunan kata dan nada yang betul. Lihat Gunakan Alat Menulis dengan Apple Intelligence.

Cari teks dalam tajuk dan transkripsi

  1. Pergi ke app Memo Suara (dalam folder Utiliti) pada iPhone anda.

  2. Leret ke bawah daripada bahagian atas senarai rakaman untuk menunjukkan medan carian.

  3. Dalam medan carian, masukkan teks yang anda mahu cari.

    Senarai hanya menunjukkan rakaman dengan teks tersebut—sama ada dalam tajuk atau dalam transkripsi audio.

Apabila anda memilih istilah dalam transkripsi, penunjuk main kelihatan di lokasi tersebut dalam bentuk gelombang audio. Untuk kembali ke bentuk gelombang, ketik butang Transkripsi.

*Apple Intelligence tersedia dalam beta dengan sokongan untuk bahasa berikut: Bahasa Inggeris, Denmark, Perancis, Jerman, Itali, Norway, Portugis, Sepanyol, Sweden, Turki, Cina (Ringkas), Cina (Tradisional), Jepun, Korea dan Vietnam. Sesetengah ciri mungkin tidak tersedia dalam semua bahasa atau rantau. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ketersediaan bahasa dan ciri serta keperluan sistem, lihat artikel Sokongan Apple Cara mendapatkan Apple Intelligence.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.