Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Gunakan ciri persidangan video pada iPhone

Semasa panggilan video dalam app FaceTime atau app persidangan video pihak ketiga, anda boleh menggunakan kesan video skrin penuh dan menambahkan reaksi dengan gerak isyarat tangan yang mengisi bingkai kamera dengan kesan 3D.

Gunakan kesan video dalam panggilan telefon

  1. Semasa panggilan video pada iPhone anda dalam app FaceTime , ketik jubin anda.

  2. Lakukan mana-mana daripada berikut:

    • Pastikan anda dalam bingkai kamera semasa anda bergerak: Bingkai Dipusatkan—hanya tersedia pada iPhone 17, iPhone 17 Pro, iPhone 17 Pro Max dan iPhone Air— aktif secara lalai. Untuk menyahaktifkannya, ketik Kesan Kamera, kemudian ketik Bingkai Dipusatkan.

    • Kaburkan latar belakang: Pada iPhone 17, iPhone 17 Pro, iPhone 17 Pro Max dan iPhone Air, ketik Kesan Kamera, kemudian ketik Potret. Pada model lain, ketik Potret. Lihat Kaburkan latar belakang dengan mod Potret.

    • Malapkan latar belakang dan cerahkan muka anda: Pada iPhone 17, iPhone 17 Pro, iPhone 17 Pro Max dan iPhone Air, ketik Kesan Kamera, kemudian ketik Cahaya Studio. Pada model lain, ketik Cahaya Studio.

    • Jadi Memoji beranimasi: Pada iPhone 17, iPhone 17 Pro, iPhone 17 Pro Max dan iPhone Air, ketik Kesan Kamera, kemudian ketik Memoji. Pada model lain, ketik Memoji. Anda boleh menggunakan Memoji terbina dalam—atau Memoji yang anda cipta—untuk menangkap pergerakan, riak wajah dan suara. Lihat Cipta dan hantar Memoji.

    • Tambah kesan visual dengan gerak isyarat tangan: Ketik Reaksi. Apabila Reaksi dinyahaktifkan dalam Pusat Kawalan, anda tidak boleh menggunakan gerak isyarat tangan untuk menambah reaksi, tetapi anda boleh menambah reaksi dalam FaceTime dengan mengetik ikon yang kelihatan apabila anda menyentuh dan menahan jubin anda dalam panggilan. Lihat Tambah reaksi dalam panggilan video.

Untuk menggunakan kesan video dalam app persidangan video pihak ketiga, buka Pusat Kawalan, ketik app, kemudian ketik satu atau lebih banyak kesan.

Nota: Memoji tidak tersedia dalam app persidangan video pihak ketiga.

Untuk melaraskan jumlah kabur dalam mod Potret atau keamatan Cahaya Studio, buka Pusat Kawalan, kemudian ketik FaceTime (atau app persidangan video pihak ketiga). Ketik Potret atau Cahaya Studio, kemudian laraskan gelangsar.

Tambah reaksi dalam panggilan video

Dengan gerak isyarat tangan ringkas dalam app FaceTime (app persidangan video pihak ketiga), anda boleh menambah reaksi yang mengisi bingkai kamera dengan kesan realiti terimbuh 3D—termasuk hati, belon, bunga api dan banyak lagi. Gerak isyarat tangan tersedia pada iPhone 12 atau lebih baharu.

Nota: Untuk menggunakan gerak isyarat tangan semasa panggilan FaceTime, ketik jubin anda, kemudian pastikan Reaksi diaktifkan. Untuk menggunakan gerak isyarat semasa panggilan dalam app persidangan video pihak ketiga, buka Pusat Kawalan, kemudian pastikan Reaksi diaktifkan. Semasa menggunakan gerak isyarat, jauhkan tangan anda daripada muka anda dan jedakan seketika untuk mengaktifkan kesan. (Hanya kamera depan menyokong reaksi dan gerak isyarat.) Anda juga boleh menambah reaksi dengan menyentuh dan menahan jubin anda dalam panggilan, kemudian mengetik ikon yang kelihatan.

Reaksi

Gerak Isyarat

Ikon

Hati

gerak isyarat Hati
butang Hati

Ibu Jari Atas

gerak isyarat Ibu Jari Atas
butang Ibu Jari Atas

Ibu Jari Bawah

gerak isyarat Ibu Jari Bawah
butang Ibu Jari Bawah

Belon

gerak isyarat Belon
butang Belon

Hujan

gerak isyarat Hujan
butang Hujan

Konfeti

gerak isyarat Konfeti
butang Konfeti

Letusan laser

gerak isyarat Letusan Laser
butang Laser

Bunga Api

gerak isyarat Bunga Api
butang Bunga Api
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.