Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Asas kamera iPhone

Ketahui cara mengambil foto dengan kamera iPhone anda. Pilih daripada mod kamera seperti Foto, Video, Sinematik, Pano dan Potret serta zum masuk atau keluar untuk membingkaikan syot anda.

Buka Kamera

Untuk membuka Kamera iPhone, lakukan mana-mana daripada berikut:

Siri: Minta Siri sesuatu seperti, “Buka Kamera”. Ketahui cara menggunakan Siri.

Nota: Untuk keselamatan anda, titik hijau kelihatan di penjuru kanan atas skrin semasa Kamera sedang digunakan. Lihat Kawal akses kepada ciri perkakasan.

Ambil foto

  1. Buka Kamera pada iPhone anda.

  2. Ketik butang Pengatup atau tekan mana-mana butang kelantangan untuk mengambil foto.

    Kamera dibuka dalam mod Foto. Butang Kawalan Kamera berada di penjuru kanan atas. Butang Pemapar Foto dan Video berada di penjuru kiri bawah. Butang Ambil Gambar berada di bahagian tengah bawah dan butang Pemilih Kamera Pandang Belakang di penjuru kanan bawah.

    Pada model disokong, klik Kawalan Kamera untuk membuka Kamera, kemudian kliknya lagi untuk mengambil foto.

    Dengan model AirPods dan AirPods Pro yang disokong, anda boleh menekan batang AirPod untuk mengambil foto. Lihat Gunakan AirPods atau AirPods Pro dengan app kamera yang disokong dalam Panduan Pengguna AirPods.

    Jika anda mempunyai Apple Watch, anda boleh menggunakan Remote Kamera untuk mengambil foto. Lihat Gunakan Remote Kamera pada Apple Watch dalam Panduan Pengguna Apple Watch.

Bertukar antara mod kamera

Apabila anda membuka Kamera buat kali pertama, mod Foto dipilih dan mod Foto serta Video kelihatan atas skrin. Ketik Foto atau Video untuk bertukar antara kedua-dua, atau leret kiri atau kanan untuk memilih mod lain.

Bergantung pada model iPhone anda, anda boleh memilih daripada mod berikut:

Untuk mengesetkan mod selain daripada Foto sebagai mod lalai apabila anda membuka Kamera, lihat Simpan seting kamera pada iPhone.

Zum masuk atau keluar

  1. Buka Kamera pada iPhone anda.

  2. Lakukan salah satu daripada berikut:

    • Cubit skrin untuk zum masuk atau keluar.

    • Sentuh dan tahan kawalan zum di bahagian bawah bingkai, kemudian seret gelangsar ke kiri atau ke kanan.

    • Pada model disokong, ketik 0.5x, 1x, 2.5x, 3x, 4x, 5x atau 8x untuk zum masuk atau keluar dengan cepat (bergantung pada model anda).

    • Pada model disokong, tekan lembut dua kali Kawalan Kamera untuk membuka tindihan yang menunjukkan seting kamera yang tersedia. Luncurkan jari anda untuk memilih seting Zum, kemudian tekannya dengan lembut. Luncurkan jari anda lagi untuk zum masuk dan keluar.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.