Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Mainkan bunyi latar belakang pada iPhone

Anda boleh membuatkan iPhone anda memainkan Bunyi Latar Belakang—untuk membantu anda fokus atau berehat. Lihat artikel Sokongan Apple, Gunakan Bunyi Latar Belakang untuk membantu dengan tidur, fokus dan banyak lagi.

Anda juga boleh memainkan muzik ambien melalui widget Muzik Ambien pada iPhone anda. Lihat Tambah widget ke Skrin Utama anda.

  1. Pergi ke app Seting pada iPhone anda.

    Petua: Kawal Bunyi Latar Belakang dengan mengklik butang atau daripada Pusat Kawalan. Lihat Aktifkan atau nyahaktifkan ciri kebolehcapaian dengan cepat.

  2. Ketik Kebolehcapaian, ketik Audio & Visual, ketik Bunyi Latar Belakang, kemudian aktifkan Bunyi Latar Belakang.

  3. Setkan mana-mana yang berikut:

    • Bunyi: Pilih bunyi; fail audio dimuat turun ke iPhone anda.

    • Kelantangan: Seret gelangsar.

    • Gunakan Apabila Media Dimainkan: Laraskan kelantangan bunyi latar belakang apabila iPhone memainkan muzik atau media lain.

    • Penyama: Laraskan kelantangan julat frekuensi berbeza dalam bunyi latar belakang.

      Ton: Pilih Luas untuk mendengar julat frekuensi yang lebih besar dengan bunyi yang lebih kaya. Pilih Fokus untuk mendengar julat frekuensi khusus dengan kurang gangguan audio.

      Imbangan: Seret gelangsar ke kiri atau kanan untuk melaraskan imbangan bunyi.

    • Hentikan Bunyi dengan Pemasa: Setkan pemasa untuk berhenti memainkan bunyi latar belakang pada masa khusus atau selepas tempoh masa.

      Petua: Ulang seting pemasa yang anda pilih dengan mengaktifkan “Sentiasa gunakan seting ini”.

    • Hentikan Bunyi Apabila Dikunci: Bunyi latar belakang berhenti bermain apabila iPhone dikunci.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.