Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Nasihat pakar daripada Sokongan Apple

Penasihat Sokongan Apple membantu pelanggan iPhone dengan pelbagai jenis soalan, daripada terlupa kata laluan hingga foto yang hilang. Di bawah ialah beberapa nasihat yang penasihat Sokongan Apple berharap semua pemilik iPhone tahu. Ikuti langkah ringkas ini sekarang untuk memastikan iPhone anda dan maklumat yang anda simpan di dalamnya selamat.

Skrin Tambah Kenalan Pemulihan.

Sekiranya anda terlupa

Selepas anda menyediakan iPhone anda, terdapat dua perkara yang anda tidak mahu terlupa—kod laluan iPhone anda dan maklumat Akaun Apple anda. Kod laluan iPhone anda ialah kod angka empat atau enam digit yang anda gunakan untuk membuka kunci iPhone anda. Anda menggunakan Akaun Apple anda untuk mendaftar masuk ke perkhidmatan Apple, membuat pembelian dalam App Store dan banyak lagi. Akaun Apple anda biasanya alamat e-mel utama atau nombor telefon anda dan kata laluan unik yang anda cipta untuk menggunakannya.

Jika anda fikir anda mungkin terlupa perkara ini, anda boleh menentukan orang yang anda percaya sebagai kenalan pemulihan akaun anda. Kenalan pemulihan anda tidak mempunyai akses kepada iPhone atau Akaun Apple anda, tetapi mereka boleh memberikan kod kepada anda untuk mereset kod laluan anda atau mengakses akaun anda jika anda dihalang masuk. Pergi ke Seting  > [nama anda] > Daftar Masuk & Keselamatan > Kenalan Pemulihan, kemudian ketik cadangan kenalan atau ketik Pilih Orang Lain.

Skrin Cari menunjukkan lokasi iPad pada peta di bahagian atas skrin.

Cara mencari iPhone anda jika ia hilang atau dicuri

Mudah untuk mencari iPhone anda jika ia hilang atau dicuri—selagi anda mengaktifkan Cari iPhone Saya sebelum ia berlaku. Pertama sekali, pastikan anda mendaftar masuk ke Akaun Apple anda, kemudian pergi ke Seting  > [nama anda] > Cari dan kemudian aktifkan Cari iPhone Saya.

Selepas anda mengaktifkan Cari iPhone Saya, anda boleh menggunakan app Cari pada peranti Apple lain untuk melihat lokasi iPhone; anda juga boleh memainkan bunyi pada iPhone anda yang hilang untuk membantu anda mencarinya. (Pastikan anda mendaftar masuk menggunakan Akaun Apple yang sama pada peranti Apple yang lain.) Jika anda tidak mempunyai peranti Apple lain, pergi ke https://www.icloud.com/find/ms-my pada mana-mana pelayar dan daftar masuk dengan Akaun Apple yang sama.

Folder Terbaru Dipadam dalam app Foto. Foto terbaru dipadam kelihatan dalam grid pada skrin.

Pulihkan foto atau video yang dipadamkan

Apabila anda memadamkan foto atau video daripada app Foto, ia disimpan secara automatik dalam album Terbaru Dipadam selama 30 hari. Jika anda memadamkan foto atau video secara tidak sengaja, anda boleh memulihkannya ke pustaka Foto anda.

Untuk memulihkan item dipadamkan, buka app Foto , kemudian ketik Koleksi. Ketik koleksi Terbaru Dipadam (di bawah Utiliti), kemudian ketik Lihat Album. Buka kunci album menggunakan kod laluan iPhone, Face ID atau Touch ID anda. Ketik foto atau video, ketik Pulihkan, kemudian ketik Pulihkan Foto atau Pulihkan Video.

Skrin iPhone menunjukkan bateri dicas 100%.

Maksimumkan hayat bateri iPhone anda

Terdapat beberapa langkah mudah yang anda boleh lakukan untuk mengekalkan hayat bateri iPhone anda. Terlebih dahulu, pastikan iPhone anda dikemas kini ke versi terkini iOS. Untuk menyemak jika kemas kini perisian tersedia, pergi ke Seting  > Umum > Kemas Kini Perisian.

Seterusnya, sentiasa sambungkan ke Wi-Fi apabila tersedia; sambungan Wi-Fi menggunakan kurang kuasa bateri berbanding sambungan selular.

Akhir sekali, kurangkan kecerahan skrin anda: Buka Pusat Kawalan, kemudian luncurkan Kecerahan ke bawah. Untuk memalapkan skrin anda berdasarkan cahaya sekeliling secara automatik, pergi ke Seting > Kebolehcapaian > Paparan & Saiz Teks, kemudian aktifkan Kecerahan Auto.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kesihatan bateri iPhone anda, pergi ke Seting  > Bateri.

Skrin Tambah Nombor Telefon dalam Seting.

Jika anda dapat nombor telefon baharu

Nombor telefon yang berkaitan dengan Akaun Apple anda biasanya digunakan untuk mengesahkan identiti anda dan mengesahkan bahawa iPhone anda betul-betul milik anda—ia dikenali sebagai nombor telefon dipercayai anda. Jika anda mendapatkan nombor telefon baharu, pastikan anda mengemas kini nombor telefon dipercayai anda supaya anda tidak kehilangan akses ke akaun anda jika anda terlupa kata laluan Akaun Apple anda atau beralih ke iPhone baharu.

Untuk mengemas kini nombor telefon dipercayai anda, pergi ke Seting  > [nama anda] > Daftar Masuk & Keselamatan, kemudian ketik Tambah E-mel atau Nombor Telefon. Ketik Nombor Telefon, kemudian masukkan nombor telefon baharu anda dan ikuti arahan atas skrin untuk mengesahkan nombor baharu anda.

Skrin iPhone menunjukkan ilustrasi glob. Di bahagian atas glob ialah isyarat radio dan pesawat terbang di sekeliling glob.

Semua tentang eSIM

eSIM ialah versi digital kad SIM fizikal yang berada dalam iPhone anda yang menyambungkan anda ke pembawa selular anda. Dengan eSIM, anda tidak perlu menukar kad SIM anda apabila anda mendapat iPhone baharu dan anda boleh bersambung ke pembawa selular baharu di rumah atau semasa melancong dengan mudah.

Jika anda memadamkan iPhone anda, atau memulihkannya daripada sandaran dan tanpa sengaja memadamkan eSIM anda, iPhone anda mungkin kehilangan sambungan selularnya; untuk memulihkannya, anda perlu menghubungi penyedia selular anda.

Mahu mengetahui lebih lanjut?

Bukan semua ciri tersedia untuk semua model iPhone.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.