Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Tambah atau tukar papan kekunci pada iPhone

Anda boleh menambah papan kekunci untuk menulis atau menggunakan Perencanaan dalam bahasa yang berbeza pada iPhone anda. Anda juga boleh menukar tataletak papan kekunci atas skrin atau luaran anda.

Jika anda menambah papan kekunci untuk bahasa lain, anda boleh menaipkan dua bahasa tanpa perlu menukar antara papan kekunci. Papan kekunci anda bertukar antara dua bahasa yang anda gunakan paling kerap secara automatik. (Tidak tersedia untuk semua bahasa.)

Tambah atau keluarkan papan kekunci untuk bahasa lain

  1. Pergi ke Seting  > Umum > Papan Kekunci.

  2. Ketik Papan Kekunci, kemudian lakukan mana-mana yang berikut:

    • Tambah papan kekunci: Ketik Tambah Papan Kekunci Baharu, kemudian pilih papan kekunci daripada senarai. Ulang untuk menambah lagi papan kekunci.

    • Keluarkan papan kekunci: Ketik Edit, ketik butang Padam bersebelahan papan kekunci yang anda mahu keluarkan, ketik Padam, kemudian ketik Selesai.

    • Susun semula senarai papan kekunci anda: Ketik Edit, seret butang Susun Semula bersebelahan papan kekunci ke tempat baharu dalam senarai, kemudian ketik Selesai.

Jika anda menambah papan kekunci untuk bahasa berbeza, bahasa yang berkenaan ditambah secara automatik ke senarai Tertib Bahasa Pilihan. Anda boleh melihat senarai ini dan menambah bahasa secara terus dalam Seting > Umum > Bahasa & Rantau. Anda juga boleh menyusun semula senarai untuk menukar cara app dan tapak web memaparkan teks.

Tukar ke papan kekunci lain

  1. Semasa menaip teks, sentuh dan tahan butang Emoji atau kekunci Tukar Papan Kekunci.

    Menu Seting Papan Kekunci terbuka dan menunjukkan berbilang pilihan papan kekunci: Bahasa Inggeris & Sepanyol, Emoji dan Maklum Balas Papan Kekunci.
  2. Ketik papan kekunci yang anda mahu bertukar.

Anda juga boleh bertukar antara Magic Keyboard dan papan kekunci lain.

Tetapkan tataletak alternatif pada papan kekunci

Anda boleh menggunakan tataletak papan kekunci alternatif yang tidak sepadan dengan kekunci pada papan kekunci anda.

  1. Pergi ke Seting  > Umum > Papan Kekunci > Papan Kekunci.

  2. Ketik bahasa di bahagian atas skrin, kemudian pilih tataletak alternatif daripada senarai.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.