Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Gunakan widget Cuaca pada iPhone

Gunakan widget Cuaca untuk menyemak ramalan dan keadaan cuaca lain sekilas pandang pada Skrin Utama iPhone anda. Anda boleh memilih daripada pelbagai saiz dan paparan widget.

Petua: Anda boleh menambah lebih daripada satu widget Cuaca ke Skrin Utama anda, jadi anda boleh melihat keadaan dan ramalan cuaca di lokasi berbeza dengan cepat.

Tukar lokasi yang ditunjukkan dalam widget Cuaca

Anda boleh menukar lokasi yang widget Cuaca paparkan pada Skrin Utama iPhone anda.

  1. Tambah widget ke Skrin Utama anda.

  2. Sentuh dan tahan widget Cuaca pada Skrin Utama anda.

  3. Ketik Edit “Cuaca” atau Edit Tindanan.

  4. Ketik Lokasi Saya, kemudian cari bandar atau ketik lokasi daripada senarai anda yang anda mahu paparkan.

  5. Ketik skrin di luar widget untuk kembali ke Skrin Utama iPhone anda.

Paparkan keadaan di lokasi yang penting untuk anda

Widget Cuaca boleh memaparkan keadaan di lokasi yang penting untuk anda.

  1. Aktifkan pemberitahuan cuaca buruk apabila anda menyediakan pemberitahuan. Lihat Dapatkan pemberitahuan cuaca untuk lokasi yang dicadangkan.

  2. Sediakan tindanan widget dengan Gilir Pintar dan Cadangan Widget diaktifkan. Lihat Edit widget pada Skrin Utama anda.

Anda juga boleh meletakkan widget Cuaca pada Skrin Kunci iPhone anda.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.