Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Gunakan kunci digital dalam Wallet pada iPhone

Dalam app Wallet , anda boleh menyimpan kunci digital rumah, bilik hotel, kereta dan skuter anda. iPhone menunjukkan kunci yang betul secara automatik apabila anda tiba di pintu atau kenderaan anda, yang memberikan anda akses hanya dengan ketikan menggunakan Komunikasi Medan Dekat (NFC).

Kunci rumah dalam app Wallet.

Buka kunci rumah anda

Dengan kunci pintar dan kunci rumah yang serasi dalam Wallet, anda boleh membuka kunci pintu anda hanya dengan ketikan iPhone atau Apple Watch anda.

Lihat Buka kunci pintu anda dengan kunci rumah pada iPhone atau Apple Watch.

Akses bangunan apartmen atau kondominium anda

Ikuti arahan atas skrin daripada syarikat hartanah anda untuk menambah kunci penghuni bagi bangunan apartmen, kondominium atau ruang kediaman lain ke iPhone atau Apple Watch anda.

Lihat artikel Sokongan Apple Tambahkan kunci penghuni ke Apple Wallet pada iPhone atau Apple Watch.

Buka kunci bilik hotel anda

Di hotel yang mengambil bahagian, anda boleh menambahkan kunci bilik ke Apple Wallet daripada app penyedia hotel, daftar masuk tanpa pergi ke lobi dan gunakan iPhone atau Apple Watch anda untuk membuka kunci bilik anda.

Lihat artikel Sokongan Apple Tambah kunci bilik hotel ke Apple Wallet pada iPhone anda.

Buka kunci dan hidupkan kereta anda

Dengan kunci kereta digital dalam Apple Wallet, anda boleh mengunci, membuka kunci dan menghidupkan kereta anda yang serasi menggunakan iPhone atau Apple Watch.

Lihat artikel Sokongan Apple Tambahkan kunci kereta anda ke Apple Wallet pada iPhone atau Apple Watch anda.

Buka kunci dan hidupkan skuter anda

Dengan kunci digital skuter dalam Apple Wallet, anda boleh mengunci, membuka kunci dan menghidupkan skuter anda yang serasi menggunakan iPhone atau Apple Watch.

Lihat artikel Sokongan Apple Tambahkan kunci skuter anda ke app Wallet pada iPhone atau Apple Watch anda.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.