Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Ambil foto Apple ProRAW dengan kamera iPhone anda

Pada model disokong, anda boleh menggunakan Kamera untuk mengambil foto dalam Apple ProRAW. Apple ProRAW menggabungkan maklumat format RAW standard dengan pemprosesan imej iPhone untuk menawarkan kawalan kreatif tambahan semasa anda membuat pelarasan kepada pendedahan, warna dan imbangan putih.

Apple ProRAW tersedia pada semua kamera, termasuk kamera depan. Apple ProRAW tidak disokong dalam mod Potret.

Sediakan Apple ProRAW

Untuk menyediakan Apple ProRAW pada model disokong, pergi ke Seting  > Kamera > Format, kemudian aktifkan Apple ProRAW atau Kawalan ProRAW & Resolusi (bergantung pada model anda).

Nota: Foto Apple ProRAW mengekalkan lebih maklumat tentang imej, menghasilkan saiz fail yang lebih besar.

Ambil foto dengan Apple ProRAW

  1. Buka Kamera pada iPhone anda.

  2. Bergantung pada seting anda, ketik sama ada JPEG atau HEIC di bahagian atas skrin, kemudian ketik RAW.

  3. Ketik skrin di mana-mana di luar menu untuk menutupnya.

  4. Ketik butang Pengatup untuk mengambil syot anda.

    Untuk mengekalkan seting ProRAW anda, pergi ke Seting  > Kamera > Kekalkan Seting, kemudian aktifkan Apple ProRAW atau Kawalan ProRAW & Resolusi (bergantung pada model anda).

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Apple ProRAW, lihat artikel Sokongan Apple Perihal Apple ProRAW.

Tukar resolusi dan format lalai Apple ProRAW

Pada iPhone 17 Pro, iPhone 17 Pro Max, iPhone 16 Pro, iPhone 16 Pro Max, iPhone 15 Pro, iPhone 15 Pro Max, iPhone 14 Pro, and iPhone 14 Pro Max, anda boleh mengesetkan resolusi lalai ProRAW anda ke 12 MP, 48 MP, atau HEIF 48 MP.

  1. Pergi ke app Seting pada iPhone anda.

  2. Ketik Kamera, kemudian ketik Format.

  3. Aktifkan Kawalan ProRAW & Resolusi.

  4. Ketik Format ProRAW, kemudian pilih pilihan.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.