Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Saring dan tapis mesej teks pada iPhone

Anda boleh mengurangkan bilangan mesej teks tidak diingini yang anda terima apabila anda menyaring dan menapis mesej daripada pengirim yang tidak dikenali dan menyahaktifkan isyarat perniagaan.

Senarai perbualan dalam Mesej. Semua mesej ditunjukkan kerana tiada penapis dipilih dalam menu Penapis.

Saring dan tapis mesej daripada pengirim tidak dikenali

Anda boleh menghalang pengirim tidak dikenali daripada menghantar teks kepada anda secara terus. Mesej mereka ditapis ke folder lain dan anda tidak dimaklumkan tentangnya melainkan anda mahu dimaklumkan.

  1. Pergi ke app Mesej pada iPhone anda.

  2. Ketik butang Penapis di bahagian kanan atas senarai perbualan, kemudian ketik Urus Penapisan.

  3. Aktifkan Saring Pengirim Tak Dikenali.

  4. Jika anda mahu membenarkan pemberitahuan daripada sesetengah pengirim tidak dikenali, ketik Benarkan Pemberitahuan, kemudian aktifkan atau nyahaktifkan kategori ini. (Pilihan berbeza mengikut negara dan rantau.)

    Sebagai contoh, anda boleh membenarkan pemberitahuan untuk teks sensitif masa, seperti kod pengesahan.

  5. Untuk mengesan dan menapis mesej SMS, MMS dan RCS daripada pengirim tidak dikenali dalam folder untuk Transaksi dan Promosi, ketik butang Balik, ketik Penapisan Mesej Teks, kemudian aktifkan Penapis Mesej Teks dan sambungan penapisan mesej pihak ketiga yang anda pasang.

    Nota: Penapis digunakan pada promosi dan transaksi (atau apa-apa yang ditawarkan oleh sambungan penapisan mesej pihak ketiga anda). Penapisan mesej teks tidak digunakan pada mana-mana pengirim yang anda telah balas tiga kali atau lebih. Cuba sekat atau laporkan pengirim tersebut.

Semak mesej daripada pengirim yang tidak dikenali dan tandakan mereka sebagai dikenali

Pengirim yang dikenali boleh menjadi seseorang yang anda telah tandakan sebagai dikenali atau tambah pada app Kenalan. Jika anda mahu mesej daripada seseorang dalam Pengirim Tak Dikenali untuk kelihatan dalam senarai perbualan, atau jika anda tidak boleh membuka pautan daripada pengirim tak dikenali, jadikan mereka pengirim dikenali.

  1. Pergi ke app Mesej pada iPhone anda.

  2. Ketik butang Penapis di bahagian kanan atas senarai perbualan, kemudian ketik Pengirim Tidak Dikenali.

  3. Lakukan mana-mana daripada berikut:

    • Ketik mesej daripada pengirim yang mesejnya anda mahu lihat dalam senarai perbualan anda, kemudian ketik Tandakan sebagai Dikenali.

    • Ketik alamat e-mel atau nombor telefon pengirim di bahagian atas perbualan, kemudian ketik Cipta Kenalan Baharu.

Sebarang mesej masa hadapan ditapis kepada Pengirim Tidak Dikenali sehingga anda menandakan pengirim sebagai dikenali atau menambah mereka sebagai kenalan.

Nyahaktifkan isyarat perniagaan

Sesetengah perniagaan menghantar isyarat dan kemas kini tentang pesanan anda dan transaksi lain. Anda boleh menyahaktifkan ini.

  1. Pergi ke app Seting  pada iPhone anda.

  2. Ketik App, kemudian ketik Mesej.

  3. Nyahaktifkan mana-mana yang berikut:

    • Mesej Perniagaan RCS: Ketik Pemesejan RCS, kemudian nyahaktifkan Mesej Perniagaan RCS. (Ketersediaan berbeza-beza mengikut pembawa dan negara.)

    • Apple Messages for Business: Ketik Mesej untuk Perniagaan, kemudian nyahaktifkan Kemas Kini Perniagaan.

Anda juga boleh melaporkan mesej spam apabila anda menerimanya.

Lihat Apple Messages for Business & Privasi.

Petua: Cara lain untuk menghalang mesej yang tidak diingini ialah dengan membenarkan mesej hanya daripada kenalan anda dengan Masa Skrin.

Untuk menukar cara pemberitahuan kelihatan dan banyak lagi, anda boleh mengesetkan pilihan pemberitahuan anda.

Untuk menjeda pemberitahuan daripada Mesej, aktifkan Jangan Ganggu atau Fokus lain.

Untuk mengetahui cara lain yang boleh anda lakukan untuk melaporkan dan mengelakkan mesej tidak diingini, lihat artikel Sokongan Apple Kenali dan elakkan mesej pancing data, panggilan telefon sokongan yang mencurigakan dan penipuan lain.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.