Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Tukar seting Jurnal anda pada iPhone

Anda boleh menyesuaikan seting untuk app Jurnal ; contohnya, peribadikan cadangan yang anda terima, setkan jadual untuk penjurnalan dan banyak lagi.

Aktifkan atau nyahaktifkan Cadangan Penjurnalan

  1. Pergi ke app Seting pada iPhone anda.

  2. Ketik Privasi & Keselamatan, kemudian ketik Cadangan Penjurnalan.

Sesuaikan Cadangan Penjurnalan

Lakukan mana-mana daripada berikut:

  • Sesuaikan seting privasi: Pergi ke Seting  > Privasi & Keselamatan > Cadangan Penjurnalan, kemudian aktifkan atau nyahaktifkan mana-mana kategori.

    Cadangan menggunakan data daripada app dan perkhidmatan yang anda aktifkan; data yang digunakan untuk cadangan adalah peribadi dan disimpan pada iPhone anda. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Tapak web Cadangan Penjurnalan & Privasi.

  • Tukar seting pemberitahuan: Pergi ke Seting  > Pemberitahuan > Cadangan Penjurnalan.

  • Cipta catatan baharu tanpa melihat cadangan: Pergi ke Seting  > App > Jurnal, kemudian nyahaktifkan Tunjukkan Detik Cadangan.

Tambah tajuk, tarikh atau lokasi semasa ke catatan jurnal baharu

  1. Pergi ke app Seting pada iPhone anda.

  2. Ketik App, ketik Jurnal, kemudian lakukan mana-mana yang berikut:

    • Tambah tajuk pada catatan baharu: Ketik Tambah Tajuk Catatan, kemudian pilih Sentiasa, Hanya untuk Detik, atau Jangan.

    • Gunakan tarikh daripada detik sebagai tarikh catatan: Aktifkan Sentiasa Gunakan Tarikh Detik.

    • Tambah lokasi semasa pada catatan baharu: Aktifkan Tambah Lokasi Semasa.

Simpan foto dan video yang diambil dalam Jurnal ke app Foto

  1. Pergi ke app Seting pada iPhone anda.

  2. Ketik App, kemudian ketik Jurnal.

  3. Aktifkan Simpan ke Foto.

Aktifkan atau nyahaktifkan pemberitahuan Jurnal

  1. Pergi ke app Seting pada iPhone anda.

  2. Ketik Pemberitahuan, kemudian ketik Cadangan Penjurnalan.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.