Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Sediakan Perkongsian Keluarga pada iPhone

Perkongsian Keluarga membolehkan anda dan sehingga lima ahli keluarga lain berkongsi akses ke perkhidmatan Apple, pembelian yang layak, pelan storan iCloud dan banyak lagi. Anda juga boleh membantu mencari peranti masing-masing yang hilang.

Seorang ahli keluarga dewasa—pengelola—menjemput ahli keluarga lain untuk menyertai. Apabila ahli keluarga menyertai, Perkongsian Keluarga disediakan pada peranti semua orang secara automatik. Kumpulan kemudian memilih perkhidmatan dan ciri yang mereka mahu gunakan dan berkongsi.

Perkongsian Keluarga tersedia pada peranti yang layak. Lihat artikel Sokongan Apple Keperluan sistem untuk iCloud.

Skrin Perkongsian Keluarga dalam Seting. Lima ahli keluarga disenaraikan dan empat langganan dikongsi dengan keluarga.

Cipta kumpulan Perkongsian Keluarga

Anda hanya perlu menyediakan Perkongsian Keluarga pada satu peranti. Kemudian ia tersedia pada semua peranti anda yang didaftar masuk ke Akaun Apple yang sama.

  1. Pergi ke app Seting  pada iPhone anda.

  2. Ketik nama anda, kemudian ketik Keluarga.

    Buka seting Keluarga untuk saya

  3. Ikuti arahan atas skrin untuk menyediakan kumpulan Perkongsian Keluarga anda.

  4. Ketik Jemput bersebelahan ahli keluarga yang dicadangkan (jika sebarang ahli keluarga disenaraikan), atau ketik Jemput Orang Lain, kemudian lakukan satu daripada berikut:

    Anda juga boleh menambahkan ahli keluarga kemudian. Lihat Tambah ahli ke kumpulan Perkongsian Keluarga pada iPhone.

  5. Ketik ciri yang anda mahu sediakan untuk kumpulan Perkongsian Keluarga anda (sebagai contoh, Langganan), kemudian ikuti arahan atas skrin.

    Untuk menyediakan kawalan ibu bapa atau Apple Cash untuk anak, ketik nama mereka, ketik ciri, kemudian ikuti arahan atas skrin.

    Anda boleh melihat perkara yang anda kongsikan dengan keluarga anda dan melaraskan seting perkongsian pada bila-bila masa.

Untuk mengetahui cara menyediakan atau menyertai kumpulan Perkongsian Keluarga pada semua peranti anda, lihat artikel Sokongan Apple Sediakan Perkongsian Keluarga.

Perkara yang boleh anda lakukan dengan Perkongsian Keluarga

Anda boleh menyediakan atau berkongsi yang berikut dengan kumpulan Perkongsian Keluarga:

Lihat pengesyoran untuk ciri Perkongsian Keluarga

Untuk melihat cadangan bagi membantu anda memanfaatkan sepenuhnya Perkongsian Keluarga, pergi ke Seting  > Keluarga, kemudian ketik Disyorkan untuk Keluarga Anda.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.