Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Layari foto dan video mengikut lokasi pada iPhone

App Foto mencipta koleksi foto dan video anda berdasarkan pada tempat foto dan video diambil. Anda boleh menggunakan paparan Peta untuk melihat foto yang diambil di lokasi tertentu, mencari foto yang diambil berdekatan dan melihat koleksi foto pada peta.

Paparan Peta dibuka dalam app Foto, dengan lokasi diserlahkan. Bilangan foto yang diambil di setiap lokasi disenaraikan.

Lihat pustaka foto anda pada peta

Anda boleh melayari pustaka foto anda mengikut lokasi pada peta.

  1. Pergi ke app Foto pada iPhone anda.

  2. Ketik Pustaka, ketik butang Isih dan Tapis, kemudian ketik Tunjukkan Peta.

    Hanya gambar dan video yang mempunyai maklumat lokasi dibenamkan (data GPS) yang dimasukkan.

    Petua: Cubit peta untuk zum masuk dan keluar, atau seret untuk melihat lebih banyak lokasi.

  3. Ketik imej kecil foto untuk melihat semua foto dan video yang diambil di lokasi tersebut.

Semak tempat foto atau video diambil

Semasa melihat foto atau video, anda boleh menyemak lokasi untuk melihat tempat ia diambil.

  1. Pergi ke app Foto pada iPhone anda.

  2. Buka foto, kemudian leret ke atas atau ketik butang Info.

  3. Ketik peta atau pautan alamat untuk melihat butiran lanjut.

    Petua: Untuk melihat lebih banyak foto atau video dari lokasi ini, ketik Tunjukkan Foto Berdekatan.

Untuk menambah atau menukar lokasi atau alamat foto atau video diambil, lihat Tukar tarikh, masa atau lokasi foto atau video.

Lihat koleksi pada peta

Anda boleh melayari foto dan video koleksi mengikut lokasi pada peta.

  1. Pergi ke app Foto pada iPhone anda.

  2. Ketik Koleksi, kemudian ketik koleksi seperti perjalanan atau hari terbaharu.

  3. Ketik butang Lagi, kemudian ketik Tunjukkan Peta.

    Petua: Cubit peta untuk zum masuk dan keluar, atau ketik Tunjukkan Foto Berdekatan untuk melihat lebih banyak foto yang diambil di kawasan tersebut.

  4. Ketik butang Tutup untuk menutup peta.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.