Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Hantar pelekat dalam Mesej pada iPhone

Ekspresikan diri anda dengan menambah pelekat yang sepadan dengan personaliti dan perasaan anda pada mesej teks anda.

Pelekat kelihatan di bawah perbualan. Setiap butang merentas bahagian atas kad membuka pek pelekat.

Hantarkan pelekat dalam mesej

  1. Pergi ke app Mesej pada iPhone anda.

  2. Dalam perbualan, ketik butang Tambah.

  3. Ketik Pelekat, kemudian ketik ikon untuk mana-mana pek pelekat berikut:

  4. Tambah mesej (pilihan), kemudian ketik butang Hantar.

Anda juga boleh menghantar pelekat daripada papan kekunci emoji. Lihat Buat pelekat dengan papan kekunci iPhone.

Letakkan pelekat pada perbualan

Anda boleh menambah pelekat pada gelembung mesej dalam perbualan dan menyerongkan pelekat atau menjadikan pelekat saiz yang berbeza. Anda juga boleh meletakkan pelekat di atas pelekat lain.

  1. Pergi ke app Mesej pada iPhone anda.

  2. Dalam perbualan, ketik butang Tambah.

  3. Ketik Pelekat, kemudian ketik ikon—seperti butang Pelekat Langsung, butang Emoji atau butang Pelekat Memoji—di bahagian baris atas untuk melayari pek pelekat.

  4. Seret pelekat ke dalam gelembung, kemudian lakukan mana-mana daripada berikut:

    • Laraskan sudut: Putarkan jari kedua di sekeliling jari yang menyeret pelekat.

    • Laraskan saiz: Rapatkan atau jauhkan jari kedua di sekeliling jari yang menyeret pelekat.

    Penerima anda melihat pelekat sebaik sahaja anda meletakkannya dalam mesej.

    Untuk melihat orang yang menghantar pelekat dalam perbualan, sentuh dan tahan pelekat, kemudian ketik Butiran Pelekat.

Petua: Tambah pelekat ke mesej dengan cepat. Sentuh dan tahan mesej, ketik Lampirkan Pelekat, kemudian pilih pelekat untuk kelihatan pada penjuru gelembung mesej.

Alihkan, saizkan semula atau padamkan pelekat

Selepas anda meletakkan pelekat di bahagian atas gelembung mesej dalam perbualan, anda boleh membuat perubahan kepadanya.

Lakukan mana-mana daripada berikut:

  • Alihkan atau saizkan semula pelekat: Sentuh dan tahan pelekat, kemudian buat sebarang perubahan.

  • Padam pelekat: Sentuh dan tahan gelembung mesej, ketik Butiran Pelekat, leret ke kiri pada pelekat yang anda mahu padamkan (pada iPhone anda sahaja), kemudian ketik butang Padam.

  • Lihat sebarang teks diliputi oleh pelekat: Dwiketik gelembung mesej.

Untuk menukar pelekat yang dihantar dalam gelembung mesej, lihat Nyahhantar dan edit mesej.

Nota: Anda dan penerima anda mestilah menggunakan iOS 17.2, iPadOS 17.2, macOS 14.1, watchOS 10.2, visionOS 1 atau lebih baharu untuk melihat kemas kini ini pada pelekat.

Cipta Pelekat Langsung

Anda boleh mencipta Pelekat Langsung anda sendiri untuk digunakan dalam mesej dengan mengangkat subjek daripada foto dan menambah kesan yang membantu menghidupkan pelekat.

  1. Pergi ke app Mesej pada iPhone anda.

  2. Dalam perbualan butang Tambah, kemudian ketik Pelekat.

  3. Ketik butang Pelekat Langsung, kemudian ketik butang Tambah.

  4. Ketik foto, kemudian ketik butang Tambah.

    Petua: Untuk mencipta Pelekat Langsung yang bergerak, gunakan Live Photo. Lihat Cipta pelekat daripada foto anda.

  5. Untuk menambahkan kesan, ketik Tambah Kesan, pilih pilihan (seperti Komik atau Berkilat), kemudian ketik butang Selesai.

Simpan Pelekat Langsung orang lain

Apabila seseorang menghantar Pelekat Langsung yang anda suka, anda boleh menyimpannya untuk digunakan semula kemudian.

  1. Pergi ke app Mesej pada iPhone anda.

  2. Buka perbualan dengan pelekat yang anda mahu simpan.

  3. Sentuh dan tahan pelekat, kemudian lakukan salah satu daripada berikut:

    • Untuk pelekat yang dihantar dalam mesej: Ketik Simpan ke Pelekat.

    • Untuk pelekat yang diletakkan pada gelembung mesej: Ketik Butiran Pelekat, kemudian ketik Simpan.

Anda juga boleh mencipta dan menghantar Memoji yang menggunakan suara anda dan mencerminkan ekspresi muka anda.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.