Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Kawal iPhone anda daripada Mac anda

Anda boleh menggunakan Pencerminan iPhone untuk mengawal iPhone anda daripada Mac berdekatan. Apabila Pencerminan iPhone diaktifkan, anda juga boleh menerima pemberitahuan iPhone pada Mac anda dan menjejaki Aktiviti Langsung, supaya anda tidak akan terlepas apa-apa sahaja.

App Pencerminan iPhone kelihatan pada desktop komputer Mac.

Nota: Sesetengah ciri iPhone seperti kamera dan mikrofon tidak serasi dengan Pencerminan iPhone. Selain itu, sesetengah ciri Kesinambungan, seperti Kamera Kesinambungan dan AirPlay, tidak tersedia pada Mac anda apabila menggunakan Pencerminan iPhone.

Sebelum anda bermula

Pastikan yang berikut:

Jika anda menggunakan VPN, pastikan konfigurasinya tidak menghalang rangkaian tempatan kerana ia mungkin mengganggu sesetengah ciri Kesinambungan.

Untuk menggunakan Pencerminan iPhone, ia mestilah tersedia di negara atau rantau anda. Pencerminan iPhone tidak tersedia buat masa ini di Kesatuan Eropah.

Jika Pencerminan iPhone tidak tersedia di negara atau rantau anda, Pencerminan iPhone memberitahu anda bahawa ia tidak dapat bersambung ke iPhone anda atas sebab itu.

Sediakan Pencerminan iPhone pada Mac anda

  1. Pastikan iPhone anda diaktifkan dan berdekatan, dengan skrin dikunci.

    Nota: iPhone anda mestilah berdekatan untuk menggunakan Pencerminan iPhone.

  2. Pergi ke app Pencerminan iPhone pada Mac anda.

  3. Klik Sambung.

  4. Masukkan kod laluan iPhone anda, kemudian pilih salah satu daripada berikut:

    • Minta Setiap Kali: Terima gesaan untuk Touch ID, Face ID atau kod laluan peranti anda setiap kali anda menggunakan Pencerminan iPhone.

    • Sahkan Secara Automatik: Sambung ke Pencerminan iPhone secara automatik tanpa perlu mengesahkan.

      Nota: Jika anda melihat isyarat pada iPhone yang mengatakan Percaya Komputer ini?, ketik Percaya. Anda mungkin diminta untuk memasukkan kod laluan peranti untuk meneruskan. Jika anda melihat isyarat pada Mac anda yang mengatakan “Benarkan aksesori untuk disambungkan?”, klik Benarkan.

  5. Pilih sama ada untuk Membenarkan Pemberitahuan daripada iPhone.

Pilih iPhone untuk digunakan dengan Pencerminan iPhone

Anda boleh menyediakan lebih daripada satu iPhone untuk digunakan dengan Pencerminan iPhone pada Mac anda, tetapi anda hanya boleh bersambung ke satu iPhone pada satu-satu masa.

  1. Pergi ke app Pencerminan iPhone pada Mac anda.

  2. Klik Seting Pencerminan iPhone, kemudian klik Tukar iPhone.

  3. Di bawah Widget, klik menu timbul iPhone, kemudian pilih iPhone anda.

Anda juga boleh membuka app Seting Sistem  pada Mac anda dan mengklik Desktop & Dock dalam bar sisi (anda mungkin perlu menskrol ke bawah). Di bawah Widget, pilih iPhone anda daripada menu timbul iPhone.

Gunakan Pencerminan iPhone pada Mac anda

  1. Pastikan iPhone anda diaktifkan dan berdekatan, dengan skrin dikunci.

  2. Pergi ke app Pencerminan iPhone pada Mac anda.

  3. Klik Teruskan.

  4. Lakukan mana-mana daripada berikut:

    • Klik untuk ketik: Klik tetikus atau trackpad komputer Mac anda untuk mengetik. Anda juga boleh meleret dan menskrol dalam app Pencerminan iPhone serta menggunakan papan kekunci anda untuk menaip.

    • Buka Penukar App: Alihkan penuding anda ke bahagian atas app Pencerminan iPhone sehingga bar tajuk kelihatan, kemudian klik butang Penukar App untuk membuka Penukar App.

    • Pergi ke Skrin Utama: Jika anda dalam app dan mahu kembali ke Skrin Utama, alihkan penuding anda ke bahagian atas app Pencerminan iPhone sehingga bar tajuk kelihatan, kemudian klik butang Skrin Utama.

    • Susun semula Skrin Utama anda dan lakukan tindakan cepat: Pada Skrin Utama, Control-klik mana-mana app, kemudian klik Edit Skrin Utama. Anda juga boleh Control-klik app dan memilih untuk menukar sesetengah app menjadi widget atau untuk melakukan tindakan cepat, seperti mencipta nota baharu dalam Nota atau menghantar lokasi anda dalam Peta.

Apabila anda membuka widget iPhone pada Mac anda, ia dibuka dalam app Pencerminan iPhone.

Dapatkan pemberitahuan iPhone pada Mac anda

Apabila anda menyediakan Pencerminan iPhone, anda juga boleh mengaktifkan pemberitahuan iPhone. Pemberitahuan iPhone kelihatan pada Mac anda dengan lencana iPhone, supaya anda boleh mengetahui pemberitahuan yang datang daripada iPhone anda.

Nota: iPhone anda tidak perlu berada berdekatan untuk pemberitahuannya kelihatan pada Mac anda, tetapi ia perlu dihidupkan.

Jika anda tidak memilih untuk mengaktifkan pemberitahuan iPhone apabila anda menyediakan Pencerminan iPhone dan anda mahu mengaktifkannya, atau jika anda mahu memilih app yang menghantar pemberitahuan ke Mac anda, lakukan salah satu daripada berikut:

  • Pada iPhone anda: Pergi ke Seting > Pemberitahuan, pilih sebarang app, kemudian aktifkan atau nyahaktifkan “Tunjukkan pada Mac”.

  • Pada Mac anda: Pilih menu Apple  > Seting Sistem, klik Pemberitahuan dalam bar sisi (anda mungkin perlu skrol ke bawah), kemudian klik “Benarkan pemberitahuan daripada iPhone”. Di bawah Cerminkan Pemberitahuan iPhone Daripada, aktifkan atau nyahaktifkan pilihan untuk mana-mana app.

Lihat Aktiviti Langsung daripada iPhone pada Mac anda

Apabila anda menyediakan Pencerminan iPhone, Aktiviti Langsung daripada iPhone anda kelihatan dalam bar menu pada Mac anda.

  1. Pada Mac anda, klik Aktiviti Langsung dalam bar menu untuk melihat maklumat lanjut.

  2. Lakukan mana-mana daripada berikut:

    • Klik Aktiviti Langsung lagi untuk membuka app yang berkaitan dalam app Pencerminan iPhone pada Mac anda.

    • Klik di luar Aktiviti Langsung untuk menutupnya, tetapi terus melihatnya dalam bar menu.

    • Alihkan penuding ke atas Aktiviti Langsung, kemudian klik butang Tutup untuk menutup Aktiviti Langsung dan mengeluarkannya daripada bar menu.

Pindahkan fail menggunakan Pencerminan iPhone

Anda boleh memindahkan fail, foto, video dan banyak lagi antara Mac dan iPhone dalam app yang disokong menggunakan Pencerminan iPhone. Untuk memindahkan fail, hanya seret dan lepaskannya daripada Mac anda ke tetingkap app Pencerminan iPhone atau sebaliknya.

Nyahaktifkan Pencerminan iPhone

  1. Pada iPhone anda, pergi ke app Seting .

  2. Ketik Umum, ketik AirPlay & Kesinambungan, kemudian ketik Pencerminan iPhone.

  3. Ketik AirPlay & Kesinambungan, kemudian ketik Pencerminan iPhone.

  4. Ketik Edit di bahagian kanan atas, kemudian pilih Mac untuk keluarkan.

Jika Pencerminan iPhone tidak berfungsi

  • Pastikan anda mendaftar masuk ke Akaun Apple yang sama pada kedua-dua peranti.

  • Pastikan iPhone dan Mac anda mempunyai Wi-Fi, Bluetooth dan Handoff diaktifkan.

  • Peranti anda mesti berada dalam 30 kaki (10 meter) antara satu sama lain.

  • Jika anda menyediakan lebih daripada satu iPhone untuk Pencerminan iPhone, anda boleh memilih iPhone yang anda mahu gunakan. Pada Mac anda, pergi ke Seting Pencerminan iPhone, klik Tukar iPhone, kemudian pilih iPhone anda.

  • Untuk mendapatkan langkah penyelesaian masalah tambahan, lihat “Jika anda memerlukan bantuan” di bahagian bawah artikel Sokongan Apple Pencerminan iPhone.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.