Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Sembunyikan gangguan perhatian semasa membaca artikel dalam Safari pada iPhone

Gunakan pembaca untuk menyembunyikan menu navigasi dan item mengganggu perhatian lain. Halaman yang lebih panjang termasuk ringkasan dan senarai kandungan.

Tapak web dibuka dalam Safari, dengan medan alamat menunjukkan bahawa Pembaca tersedia untuk tapak web.

Tunjukkan Pembaca

Pembaca memformat halaman web untuk menunjukkan hanya teks dan imej yang relevan.

  1. Pergi ke app Safari pada iPhone anda.

  2. Pada tapak web disokong, ketik butang Menu Halaman, kemudian ketik Tunjukkan Pembaca.

    Untuk kembali ke halaman penuh, ketik butang Menu Halaman Dipilih, kemudian ketik Sembunyikan Pembaca.

Gunakan Pembaca secara automatik untuk tapak web

  1. Pergi ke app Safari pada iPhone anda.

  2. Pada tapak web disokong, ketik butang Menu Halaman, kemudian ketik butang Lagi.

  3. Aktifkan Gunakan Pembaca Secara Automatik.

  4. Ketik butang Selesai.

Untuk menggunakan Pembaca secara automatik untuk semua tapak web yang menyokongnya, pergi ke Seting  > App > Safari > Pembaca, kemudian aktifkan Semua Tapak Web.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.