Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Pengubahsuaian iOS yang tidak dibenarkan

iOS direka bentuk untuk menjadi boleh dipercayai dan selamat sejak anda menghidupkan peranti. Ciri keselamatan terbina dalam membantu melindungi anda daripada perisian hasad dan virus serta melindungi akses pengguna kepada maklumat peribadi dan data korporat. Pengubahsuaian iOS yang tidak dibenarkan (juga dikenali sebagai “pecah sekat”) memintas ciri keselamatan dan boleh menyebabkan pelbagai isu seperti kerentanan keselamatan, ketidakstabilan dan hayat bateri lebih pendek kepada iPhone yang digodam.

  • Kerentanan keselamatan. Memecah sekat peranti anda akan menghapuskan lapisan keselamatan yang direka bentuk untuk melindungi maklumat peribadi anda dan peranti iOS anda. Dengan keselamatan ini dikeluarkan daripada iPhone anda, penggodam mungkin mencuri maklumat peribadi anda, merosakkan peranti anda, menyerang rangkaian anda atau menghantar perisian hasad, perisian intip atau virus.

  • Ketidakstabilan. Pengubahsuaian yang tidak dibenarkan boleh mengakibatkan ranap peranti yang kerap dan tidak dijangka, ranap dan kegendalaan app terbina dalam serta app pihak ketiga dan kehilangan data.

  • Hayat bateri lebih pendek. Perisian yang digodam boleh menyebabkan bateri habis lebih cepat yang memendekkan operasi iPhone pada pengecasan bateri tunggal.

  • Suara dan data yang tidak stabil. Pengubahsuaian yang tidak dibenarkan boleh menyebabkan panggilan terputus, sambungan data yang perlahan dan tidak stabil, serta data lokasi yang lewat atau tidak tepat.

  • Gangguan perkhidmatan. Perkhidmatan seperti iCloud, iMessage, FaceTime, Apple Pay, Mel Suara Visual, Cuaca dan Saham mungkin terganggu dan tidak berfungsi lagi pada peranti. Tambahan lagi, app pihak ketiga yang menggunakan Perkhidmatan Pemberitahuan Push Apple mungkin mengalami masalah menerima pemberitahuan atau mungkin menerima pemberitahuan yang ditujukan untuk peranti berbeza. Perkhidmatan berdasarkan push lain seperti iCloud dan Exchange mungkin mengalami masalah menyelaraskan data dengan pelayan masing-masing.

  • Tidak boleh menggunakan kemas kini perisian masa depan. Sesetengah pengubahsuaian yang tidak dibenarkan mungkin menyebabkan kerosakan kepada iOS yang tidak boleh dibaiki. Ini boleh menyebabkan iPhone digodam tidak boleh digunakan secara kekal apabila kemas kini iOS yang dibekalkan Apple pada masa depan dipasang.

Apple tidak menggalakkan anda memasang sebarang perisian yang mengubah suai iOS. Anda hendaklah mengingati bahawa pengubahsuaian iOS yang tidak dibenarkan ialah pelanggaran Perjanjian Lesen Perisian iOS dan iPadOS, oleh sebab itu Apple mungkin menolak servis untuk iPhone yang telah dipasang sebarang perisian yang tidak dibenarkan.

Maklumat tentang produk yang tidak dikeluarkan oleh Apple, atau tapak web yang tidak dikawal atau diuji oleh Apple diberikan tanpa pengesyoran atau sokongan. Apple tidak bertanggungjawab terhadap pilihan, prestasi atau penggunaan tapak web atau produk pihak ketiga. Apple tidak mengeluarkan pernyataan berkenaan ketepatan atau kebolehpercayaan tapak web pihak ketiga. Hubungi vendor untuk mendapatkan maklumat tambahan.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.