Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Tambah pautan dalam Nota pada iPhone

Dalam app Nota, anda boleh menambah pautan ke halaman web. Anda juga boleh memautkan nota yang berkaitan, seperti jadual perjalanan dan senarai restoran yang dicadangkan. Apabila anda menambahkan alamat jalan dan e-mel, nombor telefon dan tarikh, ia secara automatik menjadi teks bergaris bawah yang anda boleh ketik untuk melakukan tindakan.

Pautkan ke halaman web

  1. Pergi ke app Nota pada iPhone anda.

  2. Dalam nota yang anda mahu masukkan pautan, lakukan salah satu daripada berikut:

    • Pilih teks, ketik butang Maju, kemudian ketik Tambah Pautan. Masukkan URL untuk menentukan destinasi pautan. Ketik butang Selesai.

    • Ketik untuk meletakkan titik sisipan, ketik butang Maju, kemudian Tambah Pautan. Masukkan URL dan nama (pilihan). Ketik butang Selesai.

Pautkan ke nota lain menggunakan tajuk

Anda boleh mencipta pautan ke nota lain menggunakan tajuk nota sasaran. Jika tajuk nota sasaran berubah, teks pautan dikemas kini ke tajuk baharu.

  1. Pergi ke app Nota pada iPhone anda.

  2. Dalam nota yang anda mahu tambah pautan, taip “>>”, kemudian masukkan tajuk nota sasaran.

  3. Pilih nota sedia ada, atau cipta nota baharu.

Untuk mengedit atau mengeluarkan pautan, sentuh dan tahan pautan, kemudian pilih tindakan.

Pautkan ke nota lain menggunakan teks pautan tersuai

Berbanding menggunakan tajuk nota sasaran, anda boleh menggunakan teks pautan tersuai. Jika tajuk nota sasaran berubah, teks pautan tidak berubah.

  1. Pergi ke app Nota pada iPhone anda.

  2. Dalam nota yang anda mahu tambahkan pautan, pilih teks pautan, kemudian ketik Tambah Pautan.

  3. Masukkan tajuk nota sasaran, kemudian pilih nota.

Lakukan tindakan pada alamat, nombor telefon, tarikh dan banyak lagi

Dalam nota anda, garis bawah kelihatan di bawah teks yang dikenali sebagai alamat jalan atau e-mel, nombor telefon, tarikh, atau data lain. Ketik teks bergaris bawah untuk melakukan tindakan pada teks. Sebagai contoh, anda boleh melihat alamat jalan dalam Peta, mengarang e-mel, memanggil nombor telefon, menambah peristiwa kalendar atau menukarkan unit dan mata wang.

Nota: Pengesanan data tersedia apabila bahasa sistem iPhone anda disetkan ke bahasa disokong dalam Seting  > Umum > Bahasa & Rantau > Bahasa iPhone. Lihat Tapak web Ketersediaan Ciri iOS dan iPadOS.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.