Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Beri reaksi dengan Tapback dalam Mesej pada iPhone

Tapback memberi anda cara yang cepat dan mudah untuk membalas pada mesej, seperti hati, ibu jari atas atau ibu jari bawah, ketawa, tanda seru, tanda soal dan sebarang pelekat, Memoji atau emoji.

Perbualan Mesej dengan atribusi Tapback kelihatan berhampiran bahagian atas skrin dan menu Tapback kelihatan di atas mesej.

Beri reaksi dengan Tapback

  1. Pergi ke app Mesej pada iPhone anda.

  2. Buka perbualan.

  3. Dwiketik (atau sentuh dan tahan) mesej.

  4. Leret ke kiri untuk melihat emoji dan pelekat yang dicadangkan atau ketik butang Emoji, kemudian ketik untuk memilih mana-mana jenis Tapback berikut:

    • Emoji lain: Ketik butang Emoji (lompat ke kategori emoji lain dengan ikon di sebelah kanan butang Emoji).

    • Pelekat: Ketik butang Pelekat Langsung.

Tapback dilampirkan pada mesej tertentu dalam perbualan dan semua orang yang merupakan sebahagian daripada perbualan boleh melihatnya.

Ketahui orang yang menghantar Tapback

Jika terdapat lebih daripada satu Tapback untuk mesej, ia kelihatan dalam tindanan. Anda boleh mengetahui orang yang menambah setiap Tapback.

  1. Pergi ke app Mesej pada iPhone anda.

  2. Buka perbualan dengan Tapback.

  3. Ketik tindanan Tapback.

    Pengirim dan tapback mereka kelihatan berhampiran bahagian atas skrin.

Edit atau keluarkan Tapback anda

Anda hanya boleh mengedit atau mengeluarkan Tapback yang anda tambah. Anda tidak boleh mengedit atau mengeluarkan Tapback yang orang lain tambah.

  1. Pergi ke app Mesej pada iPhone anda.

  2. Buka perbualan.

  3. Ketik Tapback anda, kemudian lakukan satu daripada berikut:

    • Gunakan Tapback berbeza: Ketik emoji, Memoji atau pelekat berbeza.

    • Keluarkan Tapback: Ketik Tapback yang sama yang anda gunakan (supaya ia tidak diserlahkan).

Anda hanya boleh menambah satu Tapback untuk satu mesej. Jika anda mahu menambah pelekat tambahan, lihat Letakkan pelekat pada perbualan.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.