Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Lihat transkrip podcast pada iPhone

Dalam app Podcast, anda boleh melihat dan mencari transkrip episod.

Nota: Ketersediaan transkrip mungkin berbeza mengikut bahasa dan mengikut negara atau rantau. Lihat artikel Sokongan Apple Ikuti dan main rancangan dalam Apple Podcasts pada iPhone dan iPad.

Lihat transkrip

  1. Pergi ke app Podcast pada iPhone anda.

  2. Lakukan mana-mana daripada berikut:

    • Semasa melihat maklumat episod: Skrol ke bawah ke bahagian Transkrip. Anda juga boleh mengetik butang Lagi, kemudian ketik Lihat Transkrip.

    • Daripada skrin Kini Dimainkan: Ketik butang Lihat Transkrip. (Anda mungkin perlu mengetik Pemain Mini untuk membuka skrin Kini Dimainkan.)

Transkrip tidak tersedia apabila menonton dalam mod video skrin penuh. Sebaliknya, anda boleh mengetik butang Kapsyen untuk melihat sari kata (jika tersedia).

Anda boleh berinteraksi dengan transkrip dengan berbilang cara. Dalam paparan transkrip statik, anda boleh memilih teks dan memilih sama ada untuk memainkan, menyalin atau berkongsi daripada titik tersebut. Dalam transkrip penskrolan pada skrin Kini Dimainkan, anda boleh mengetik sebarang perenggan untuk pergi ke titik tersebut dalam episod, atau sentuh dan tahan perenggan untuk berkongsi daripada titik tersebut.

Untuk menyembunyikan transkrip pada skrin Kini Dimainkan, leret bawah, kemudian ketik butang Sembunyikan Transkrip di bawah gelangsar kelantangan.

Cari transkrip

  1. Pergi ke app Podcast pada iPhone anda.

  2. Semasa melihat transkrip, lakukan salah satu daripada berikut:

    • Daripada skrin Kini Dimainkan: Leret ke atas pada transkrip, kemudian ketik Cari.

    • Daripada butiran episod atau bahagian Seterusnya: Ketik butang Cari Transkrip.

  3. Secara pilihan, ketik butang Pilihan Carian dalam medan carian untuk menentukan sama ada perkataan penuh atau huruf besar perlu sepadan dalam hasil carian.

Anda boleh membaca bersama dengan episod semasa anda memainkannya. Untuk melompat ke masa khusus dalam episod, ketik perenggan, kemudian ketik Main (jika ia kelihatan).

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.