Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Gunakan ChatGPT dengan Apple Intelligence pada iPhone

Jika anda memilih untuk membenarkan Apple Intelligence berfungsi dengan ChatGPT daripada OpenAI,* anda boleh melakukan yang berikut:

Dapatkan lebih jawapan daripada Siri: Siri boleh menggunakan ChatGPT untuk menyediakan jawapan yang lebih mendalam untuk permintaan tertentu—contohnya cerapan tentang foto dan dokumen.

Karang teks dalam Alat Menulis: Alat Menulis boleh menggunakan ChatGPT untuk mencipta teks atau imej hanya daripada perihalan.

Gunakan gaya baharu dalam Image Playground: Image Playground menggunakan ChatGPT untuk memberi anda julat gaya visual yang dikembangkan untuk penciptaan imej.

Gunakan ChatGPT dengan kecerdasan visual: Gunakan kecerdasan visual dengan Kawalan Kamera untuk mempelajari lebih lanjut tentang tempat dan objek di sekeliling anda dengan cepat.

Gunakan model dalam Pintasan: Pintasan boleh menggunakan ChatGPT untuk mengendalikan permintaan yang lebih kompleks.

Sambungkan akaun ChatGPT anda: Anda tidak memerlukan akaun ChatGPT, tetapi jika anda mempunyai akaun—percuma atau berbayar—anda boleh bersambung ke akaun anda. Dengan akaun berbayar ChatGPT, iPhone anda boleh menggunakan keupayaan lanjutan ChatGPT dengan lebih kerap.

iPhone menunjukkan cerita sedang ditulis dalam app Nota. Di bahagian bawah skrin ialah dialog Karang dengan Alat Menulis yang menyertakan pilihan untuk memperhaluskan dengan ChatGPT , menulis semula, memilih cadangan ChatGPT dan banyak lagi.

Nota: Apple Intelligence tidak tersedia pada semua model iPhone atau dalam semua bahasa atau rantau.** Untuk mengakses ciri tersedia yang terkini, pastikan anda menggunakan versi terkini iOS dan mengaktifkan Apple Intelligence. Sambungan ChatGPT tersedia hanya di rantau yang app dan perkhidmatan ChatGPT tersedia. Rujuk OpenAI untuk ketersediaan ChatGPT.

Sediakan ChatGPT

Jika sambungan ChatGPT tidak aktif, anda boleh menyediakannya dalam Seting.

Nota: Anda mesti berumur sekurang-kurangnya 13 tahun atau umur minimum diperlukan dalam negara anda untuk kebenaran menggunakan ChatGPT. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Syarat Penggunaan OpenAI.

  1. Pergi ke app Seting pada iPhone anda.

  2. Ketik Apple Intelligence & Siri.

  3. Di bawah Sambungan, ketik ChatGPT, kemudian ketik Sediakan.

  4. Lakukan salah satu daripada berikut:

    • Gunakan ChatGPT tanpa akaun: Ketik Dayakan ChatGPT.

      Nota: Jika anda mahu permintaan anda disimpan ke sejarah perbualan ChatGPT, anda mesti mendaftar masuk ke akaun ChatGPT.

    • Gunakan ChatGPT dengan akaun sedia ada: Ketik Guna ChatGPT dengan Akaun, kemudian ikut arahan atas skrin.

Jika anda memutuskan kemudian untuk menggunakan ChatGPT dengan akaun, pergi ke Seting  > Apple Intelligence & Siri, ketik ChatGPT, kemudian ketik Daftar Masuk.

Karang teks dengan Alat Menulis

Selepas anda menyediakan sambungan ChatGPT, anda boleh mengarang teks dengan Alat Menulis.

  1. Semasa menaip, ketik medan teks, kemudian ketik butang Alat Menulis.

  2. Leret ke kiri, kemudian ketik Karang.

  3. Terangkan perkara yang anda mahu ChatGPT tuliskan—contohnya, “Cerita waktu tidur tentang seorang gadis melawat dunia ajaib di mana dia berkawan dengan beluncas dalam perjalanannya menjadi seekor rama-rama”—pilih Sertakan Semua Teks atau Teks Dipilih, kemudian ketik butang Hantar.

  4. Jika anda diminta memberi lebih butiran, ketik medan, masukkan balasan, kemudian ketik butang Hantar—atau ketik Abaikan untuk meneruskan tanpa menambah butiran.

  5. Selepas melihat teks, lakukan mana-mana daripada berikut:

    • Tulis semula teks: Ketik Tulis Semula.

    • Masukkan cadangan oleh ChatGPT: Ketik pilihan, kemudian ketik butang Hantar.

    • Tukar kepada versi tidak diedit teks anda: Ketik butang Tukar.

  6. Apabila anda selesai, ketik butang Selesai.

Gunakan kecerdasan visual untuk meminta maklumat daripada ChatGPT

Selepas anda menyediakan sambungan ChatGPT, anda boleh menggunakan kecerdasan visual untuk bertanya ChatGPT untuk maklumat tentang perkara di sekeliling anda.

  1. Klik dan tahan Kawalan Kamera (pada model disokong), atau gunakan pilihan alternatif.

  2. Halakan kamera iPhone anda pada objek di hadapan anda.

  3. Ketik butang Minta untuk bertanya ChatGPT tentang objek.

    Selepas anda mengetik butang Tanya, anda boleh menaip atau merencanakan soalan susulan dalam medan teks di bahagian bawah skrin.

  4. Ketik butang Tutup untuk menutup hasil ChatGPT, kemudian leret ke atas dari bahagian bawah skrin untuk menutup kecerdasan visual.

Gunakan Siri untuk mendapatkan jawapan daripada ChatGPT

Selepas anda menyediakan sambungan ChatGPT, Siri boleh memanfaatkan ChatGPT apabila ia mungkin membantu untuk mendapatkan maklumat yang anda cari.

Aktifkan Siri, kemudian, dalam bahasa yang disokong, sebutkan atau taipkan sesuatu seperti:

  • “Hey Siri, ask ChatGPT to compose a haiku about dragons.”

  • “What should I get my uncle for his 70th birthday? He loves to fish.”

  • “Hey Siri, ask ChatGPT for some ideas of how to spend a free afternoon in Malibu if I don’t feel like hitting the beach.”

  • “Hey Siri, compose a limerick about a tiger named Terry.”

  • “What kind of recipes can I make with this?” dengan foto buah dibuka dalam app Foto.

  • “Hey Siri, ask ChatGPT to summarize this document for me,” dengan dokumen—seperti PDF tentang pemeriksaan rumah—dibuka dalam app Fail.

Jika Siri menentukan yang ChatGPT akan membantu, Siri bertanya jika anda mahu menggunakan ChatGPT untuk memenuhi permintaan tersebut. Anda akan sentiasa ditanya untuk mengesahkan sebelum sebarang foto atau fail dihantar ke ChatGPT.

Petua: Jika anda mahu menjadikan Siri menghantar permintaan tanpa mengesahkan, anda boleh memulakan soalan anda dengan “Ask ChatGPT”. Anda juga boleh menyahaktifkan pengesahan Siri dalam Seting. Lihat Hantar permintaan kepada ChatGPT tanpa pengesahan.

Hantar permintaan kepada ChatGPT tanpa pengesahan

Anda mengawal waktu ChatGPT digunakan dan ditanya sebelum sebarang maklumat anda dikongsi. Anda boleh memilih untuk membiarkan Siri menghantar permintaan kepada ChatGPT secara automatik tanpa bertanya.

  1. Pergi ke app Seting pada iPhone anda.

  2. Ketik Apple Intelligence & Siri.

  3. Di bawah Sambungan, ketik ChatGPT.

  4. Nyahaktifkan Sahkan Permintaan ChatGPT.

Anda akan sentiasa ditanya untuk sebelum sebarang foto atau fail dihantar ke ChatGPT.

Nyahaktifkan ChatGPT

  1. Pergi ke app Seting pada iPhone anda.

  2. Ketik Apple Intelligence & Siri.

  3. Ketik ChatGPT, kemudian nyahaktifkan Gunakan ChatGPT.

Jika anda mahu menghalang Siri daripada mencadangkan ChatGPT semasa anda membuat permintaan, nyahaktifkan ChatGPT, kemudian nyahaktifkan Gesaan Persediaan.

Anda boleh menyekat akses ke sambungan ChatGPT dalam seting Masa Skrin. Lihat Sekat akses kepada Sambungan Kecerdasan.

ChatGPT dan privasi

Apabila menggunakan sambungan ChatGPT, anda memilih kandungan untuk dihantar kepada ChatGPT. Permintaan dan lampiran anda, serta data terhad yang dikaitkan dengan permintaan, seperti zon waktu semasa, negara, jenis peranti, bahasa dan ciri yang digunakan semasa membuat permintaan, dihantar kepada ChatGPT untuk menjawab permintaan anda dan mendayakan ChatGPT untuk memberikan anda hasil yang tepat dan berkaitan. Alamat IP anda dilindungi daripada ChatGPT, tetapi lokasi umum anda disediakan bagi tujuan seperti membolehkan ChatGPT mencegah penipuan dan mematuhi undang-undang terpakai.

Jika anda mengakses sambungan ChatGPT tanpa akaun, hanya maklumat yang diterangkan di atas akan dihantar kepada ChatGPT. OpenAl tidak menerima sebarang maklumat berkaitan dengan Akaun Apple anda. OpenAl mesti memproses data anda semata-mata untuk tujuan memenuhi permintaan anda dan tidak menyimpan permintaan anda atau sebarang respons yang diberikan melainkan perlu di bawah undang-undang terpakai. OpenAl juga mesti tidak menggunakan permintaan anda untuk menambah baik atau melatih modelnya.

Apabila anda mendaftar masuk ke akaun ChatGPT, seting akaun ChatGPT anda dan dasar privasi data OpenAI digunakan.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Sambungan & Privasi ChatGPT.

*Apple Intelligence dan ChatGPT menggunakan model generatif dan output mungkin berbeza. Semak maklumat penting untuk ketepatan.
**Apple Intelligence tersedia dalam beta dengan sokongan untuk bahasa berikut: Bahasa Inggeris, Denmark, Perancis, Jerman, Itali, Norway, Portugis, Sepanyol, Sweden, Turki, Cina (Ringkas), Cina (Tradisional), Jepun, Korea dan Vietnam. Sesetengah ciri mungkin tidak tersedia dalam semua bahasa atau rantau. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ketersediaan bahasa dan ciri serta keperluan sistem, lihat artikel Sokongan Apple Cara mendapatkan Apple Intelligence.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.