Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Gunakan alat kamera iPhone untuk menyediakan syot anda

Sebelum mengambil foto, anda boleh menggunakan alat kamera pada iPhone anda untuk menyesuaikan dan meningkatkan syot anda.

Kamera dibuka dalam mod Foto. Di bahagian bawah skrin ialah butang untuk kawalan kamera berikut: Denyar, Langsung, Pemasa, Pendedahan, Gaya dan Aspek.

Laraskan fokus dan pendedahan secara manual

Sebelum anda mengambil foto, kamera iPhone mengesetkan fokus dan pendedahan secara automatik, serta pengecaman muka mengimbangkan pendedahan merentas kebanyakan muka. Jika anda mahu melaraskan fokus dan pendedahan secara manual, lakukan yang berikut:

  1. Buka Kamera pada iPhone anda.

  2. Ketik skrin yang anda mahu mengalihkan kawasan fokus.

  3. Bersebelahan kawasan fokus, seret butang Laraskan Pendedahan ke atas atau bawah untuk melaraskan pendedahan.

    Kamera dibuka dalam mod Foto. Dalam pemidang tilik, fokus dikunci pada subjek dan gelangsar untuk melaraskan paras kecerahan berada di sebelah subjek.

    Petua: Untuk mengunci fokus manual dan seting pendedahan untuk syot akan datang, sentuh dan tahan kawasan fokus sehingga anda melihat Kunci AE/AF; ketik skrin untuk membuka kunci seting.

    Pada model disokong, tekan lembut dua kali Kawalan Kamera untuk membuka tindihan yang menunjukkan seting kamera yang tersedia. Luncurkan jari anda pada Kawalan Kamera ke seting Pendedahan, kemudian tekan dengan lembut untuk memilihnya. Luncurkan jari anda untuk melaraskan pendedahan.

Kunci seting pendedahan

Anda boleh melaraskan dan mengunci seting pendedahan untuk foto akan datang.

  1. Buka Kamera pada iPhone anda.

  2. Ketik butang Kawalan Kamera atau leret ke atas daripada mod kamera di bahagian bawah skrin.

  3. Ketik Pendedahan, kemudian seret gelangsar untuk melaraskan paras.

    Pendedahan dikunci sehingga kali seterusnya anda membuka Kamera. Untuk menyimpan kawalan pendedahan supaya ia tidak direset semasa anda membuka Kamera, pergi ke Seting  > Kamera > Kekalkan Seting, kemudian aktifkan Pelarasan Pendedahan.

  4. Ketik butang Tutup untuk menutup menu.

Aktifkan atau nyahaktifkan denyar

Kamera iPhone anda disetkan untuk menggunakan denyar secara automatik apabila diperlukan. Untuk mengawal denyar sebelum anda mengambil foto secara manual, lakukan yang berikut:

  1. Buka Kamera pada iPhone anda.

  2. Ketik butang Kawalan Kamera atau leret ke atas daripada mod kamera di bahagian bawah skrin.

  3. Ketik Denyar. Ketik lagi untuk bertukar antara Denyar Aktif, Denyar Tak Aktif dan Denyar Auto.

  4. Ketik skrin di luar menu untuk menutupnya.

Petua: Untuk sentiasa menunjukkan butang Denyar pada skrin kamera, pergi ke Seting > Kamera > Penunjuk, kemudian aktifkan Denyar.

Ambil foto dengan penapis

Pada model iPhone 12 atau lebih awal, anda boleh menggunakan penapis untuk memberikan kesan warna pada foto anda.

Pada semua model iPhone lain, gunakan Gaya Fotografi untuk memberikan foto anda rupa yang tersuai.

  1. Buka Kamera pada iPhone anda.

    Pastikan Kamera berada dalam mod Foto atau Potret; lihat Bertukar antara mod kamera.

  2. Ketik butang Kawalan Kamera atau leret ke atas daripada mod kamera di bahagian bawah skrin.

  3. Ketik Penapis, kemudian leret kiri atau kanan untuk mempratonton pilihan.

  4. Ketik butang Pengatup untuk mengambil syot anda.

  5. Untuk berhenti menggunakan penapis, pilih Asal.

  6. Ketik butang Tutup untuk menutup menu.

Anda boleh mengeluarkan atau menukar penapis foto dalam app Foto. Lihat Gunakan kesan penapis pada foto atau video.

Gunakan pemasa

Anda boleh mengesetkan pemasa pada kamera iPhone anda untuk memberikan anda masa untuk masuk ke dalam syot.

  1. Buka Kamera pada iPhone anda.

  2. Ketik butang Kawalan Kamera atau leret ke atas daripada mod kamera di bahagian bawah skrin.

  3. Ketik Pemasa, kemudian ketik 3s, 5s atau 10s.

  4. Ketik butang Pengatup untuk memulakan pemasa dan masuk ke dalam bingkai.

  5. Untuk berhenti menggunakan pemasa, ketik butang Kawalan Kamera, ketik Pemasa, kemudian ketik Tak Aktif.

Tukar nisbah aspek

Anda boleh memilih antara nisbah aspek 1:1, 4:3 dan 16:9.

  1. Buka Kamera pada iPhone anda.

  2. Ketik butang Kawalan Kamera atau leret ke atas daripada mod kamera di bahagian bawah skrin.

  3. Ketik Aspek, kemudian ketik lagi untuk bertukar antara nisbah 1:1, 4:3 atau 16:9.

  4. Ketik skrin di luar menu untuk menutupnya.

Gunakan grid dan aras untuk meluruskan syot anda

Anda boleh memaparkan grid atau aras pada skrin kamera untuk membantu anda meluruskan dan menggubah syot anda.

  1. Pergi ke app Seting pada iPhone anda.

  2. Ketik Kamera, kemudian aktifkan Grid dan Aras.

Selepas anda mengambil foto, anda boleh menggunakan alat pengeditan dalam app Foto untuk menjajarkan lagi syot dan melaraskan perspektif mendatar dan menegak. Lihat Luruskan foto atau video dan laraskan perspektifnya.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.