Berhubung dengan rakan dalam app Apple Games pada iPhone

Bermain permainan dengan rakan lebih menyeronokkan. Dalam app Apple Games, anda boleh menjemput rakan, melihat permintaan rakan dan banyak lagi.

Tambah rakan

  1. Pergi ke app Apple Games pada iPhone anda.

  2. Ketik Rakan, kemudian ketik butang Ikon Jemput.

  3. Cari kenalan dengan memasukkan nama mereka, kemudian ketik Jemput.

  4. Ketik butang Hantar untuk menghantar jemputan menggunakan app Mesej.

Anda juga boleh menambahkan rakan dalam app Kenalan. Buka kad hubungan mereka, kemudian ketik Tambah Rakan pada Game Center.

Balas permintaan rakan

Jika anda menerima permintaan rakan daripada kenalan dalam app Apple Games, terdapat beberapa cara anda boleh membalas:

  • Dalam app Apple Games: Ketik avatar anda, kemudian ketik Permintaan Rakan.

  • Dalam app Mesej: Ketik pautan permintaan rakan.

  • Dalam app Seting : Ketik Game Center, kemudian ketik Permintaan Rakan.

Lihat aktiviti terbaharu rakan anda

Anda boleh melihat sejarah permainan dikongsi rakan anda, membandingkan pencapaian dan menghantar pautan jemputan rakan serta kod parti.

  1. Pergi ke app Apple Games pada iPhone anda.

  2. Ketik Rakan

  3. Dalam Rakan & Kumpulan, skrol ke bawah untuk melihat aktiviti terbaharu rakan anda.

Anda juga boleh melihat profil rakan anda dan aktiviti terbaharu dengan pergi ke app Seting , mengetik Game Center, kemudian mengetik Semua Rakan.

Laporkan pengguna dan keluarkan rakan

Anda boleh melaporkan pengguna yang menipu, menggunakan gambar atau nama panggilan tidak senonoh, atau masalah lain. Anda juga boleh mengeluarkan seseorang daripada senarai Rakan anda.

  1. Pergi ke app Apple Games pada iPhone anda.

  2. Ketik avatar anda di bahagian kanan atas, kemudian ketik Semua Rakan.

  3. Ketik rakan yang anda mahu laporkan atau keluarkan, ketik butang Lagi, kemudian pilih Laporkan Rakan atau Keluarkan Rakan.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.