Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Laraskan kelantangan pada iPhone

Laraskan kelantangan media, isyarat dan kesan bunyi menggunakan butang kelantangan, Siri, atau Pusat Kawalan.

Gunakan butang kelantangan atau Siri untuk melaraskan kelantangan

Semasa anda dalam panggilan atau mendengar lagu, filem atau media lain pada iPhone, anda boleh menggunakan butang pada sisi peranti anda untuk melaraskan kelantangan audio. Sebaliknya, butang mengawal kelantangan untuk pendering, isyarat dan kesan bunyi lain, melainkan kelantangan pendering dan isyarat dikunci dalam Seting.

Anda juga boleh menggunakan Siri untuk menaikkan atau menurunkan kelantangan.

Siri: Minta Siri sesuatu seperti, “Turunkan kelantangan”. Ketahui cara menggunakan Siri.

AMARAN: Untuk mendapatkan maklumat tentang mengelakkan kehilangan pendengaran, lihat Maklumat keselamatan penting.

Bahagian atas depan iPhone dengan butang tingkatkan dan turunkan kelantangan di bahagian kiri atas.

Kunci kelantangan pendering dan isyarat dalam Seting

  1. Pergi ke Seting , kemudian ketik Bunyi & Haptik.

  2. Nyahaktifkan Tukar dengan Butang.

Laraskan kelantangan dalam Pusat Kawalan

Apabila iPhone dikunci atau semasa anda menggunakan app, anda boleh melaraskan kelantangan dalam Pusat Kawalan.

Buka Pusat Kawalan, kemudian seret gelangsar kelantangan.

Kurangkan bunyi kuat fon kepala

Anda boleh mengehadkan kelantangan maksimum bunyi yang dimainkan melalui fon kepala pada iPhone anda.

  1. Pergi ke app Seting  pada iPhone anda.

  2. Ketik Bunyi & Haptik, kemudian ketik Keselamatan Fon Kepala.

  3. Aktifkan Kurangkan Audio Kuat, kemudian seret gelangsar untuk menentukan kelantangan maksimum.

Nota: Jika anda menyediakan Masa Skrin untuk ahli keluarga, anda boleh menghalang mereka daripada menukar paras Kurangkan Audio Kuat. Pergi ke Seting  > Masa Skrin > Kandungan & Privasi, aktifkan Kandungan & Privasi, ketik Kurangkan Audio Kuat, kemudian pilih Jangan Benarkan.

Hadkan kelantangan speaker

Anda boleh mengehadkan kelantangan maksimum bunyi yang dimainkan melalui speaker terbina dalam pada iPhone anda.

  1. Pergi ke Seting  > Bunyi & Haptik > Had Kelantangan.

  2. Aktifkan Hadkan Kelantangan Maksimum, kemudian seret gelangsar untuk menentukan kelantangan maksimum.

Nota: Jika anda menyediakan Masa Skrin untuk ahli keluarga, anda boleh menghalang mereka daripada menukar paras Had Kelantangan Speaker. Pergi ke Seting  > Masa Skrin > Kandungan & Privasi, aktifkan Kandungan & Privasi, ketik Had Kelantangan Speaker, kemudian pilih Jangan Benarkan.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.