Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Lihat atau tukar seting data selular pada iPhone

Anda boleh mengaktifkan atau menyahaktifkan data selular dan perayauan, mengesetkan app dan perkhidmatan yang menggunakan data selular, melihat penggunaan data selular dan mengesetkan pilihan data selular lain.

Nota: Untuk bantuan dengan perkhidmatan rangkaian selular, mel suara dan pengebilan, hubungi penyedia perkhidmatan wayarles anda.

Cara rangkaian selular mengendalikan suara dan data

Jika iPhone anda disambungkan ke internet menggunakan rangkaian data selular, ikon yang mengenal pasti rangkaian selular kelihatan dalam bar status.

Anda boleh menggunakan perkhidmatan internet semasa anda bercakap di telefon dengan perkhidmatan 5G, LTE, 4G dan 3G dalam rangkaian selular GSM. Rangkaian selular lain tidak menyokong komunikasi suara dan data serentak melainkan iPhone anda juga mempunyai sambungan Wi-Fi ke internet. Bergantung pada sambungan rangkaian, anda mungkin tidak dapat menerima panggilan semasa iPhone anda memindahkan data melalui rangkaian selular—contohnya, apabila memuat turun halaman web.

  • Rangkaian GSM: Pada sambungan EDGE atau GPRS, panggilan masuk mungkin akan masuk terus ke panggilan suara semasa pemindahan data. Untuk panggilan masuk yang anda jawab, pemindahan data dijeda.

  • Rangkaian CDMA: Pada sambungan EV-DO, pemindahan data dijeda apabila anda menjawab panggilan masuk. Pada sambungan 1xRTT, panggilan masuk mungkin akan masuk terus ke mel suara semasa pemindahan data. Untuk panggilan masuk yang anda jawab, pemindahan data dijeda.

Pemindahan data diteruskan apabila anda menamatkan panggilan.

Untuk membuat panggilan menggunakan Wi-Fi, lihat Buat panggilan menggunakan Wi-Fi.

Urus pilihan perayauan dan pilih pilihan data selular lain

Untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan Data Selular, pergi ke Seting  > Selular, kemudian aktifkan atau nyahaktifkan Data Selular.

Jika Data Selular tidak aktif, semua perkhidmatan data—termasuk e-mel, pelayaran web dan pemberitahuan—hanya menggunakan Wi-Fi. Jika Data Selular aktif, caj pembawa mungkin dikenakan. Contohnya, menggunakan ciri dan perkhidmatan tertentu yang memindahkan data, seperti Siri dan Mesej boleh membawa caj kepada pelan data anda.

Untuk mengesetkan pilihan apabila Data Selular diaktifkan, pergi ke Seting  > Selular > Pilihan Data Selular, kemudian lakukan mana-mana daripada berikut:

  • Elakkan caj perayauan: Nyahaktifkan Perayauan Data. Apabila anda berada di rantau yang tidak diliputi oleh rangkaian pembawa anda, Perayauan Data membenarkan akses internet melalui rangkaian data selular. Apabila anda dalam perjalanan, nyahaktifkan Perayauan Data untuk mengelakkan daripada dikenakan caj perayauan.

  • Kurangkan penggunaan selular: Ketik Mod Data, kemudian pilih Mod Data Rendah. Mod ini menjeda kemas kini automatik dan tugas latar belakang semasa iPhone tidak disambungkan ke Wi-Fi.

Bergantung pada model iPhone, pembawa dan rantau anda, pilihan yang berikut mungkin tersedia:

  • Aktifkan atau nyahaktifkan Perayauan Suara: (CDMA) Nyahaktifkan Perayauan Suara untuk mengelakkan caj daripada penggunaan rangkaian pembawa lain. Apabila rangkaian pembawa anda tidak tersedia, iPhone tidak akan mempunyai perkhidmatan selular (data atau suara).

  • Dayakan atau nyahdayakan 4G/LTE: Menggunakan 4G atau LTE memuatkan data internet lebih laju dalam sesetengah keadaan tetapi mungkin mengurangkan prestasi bateri. Mungkin terdapat pilihan untuk menyahaktifkan 4G/LTE atau untuk memilih Suara & Data (VoLTE) atau Data Sahaja.

Pada model iPhone 12 dan lebih baharu dengan pelan data 5G, anda boleh melakukan yang berikut:

  • Dayakan mod Data Pintar untuk mengoptimumkan hayat bateri: Ketik Suara & Data, kemudian pilih 5G Auto. Dalam mod ini, iPhone anda bertukar ke LTE secara automatik apabila kelajuan 5G tidak memberikan prestasi yang lebih baik.

  • Gunakan video yang lebih berkualiti dan FaceTime HD pada rangkaian 5G: Ketik Mod Data, kemudian pilih Benarkan Lebih Banyak Data pada 5G.

  • Nyahaktifkan 5G: Ketik Suara & Data, kemudian pilih LTE.

Untuk menyediakan Hotspot Peribadi untuk berkongsi sambungan internet anda, lihat Kongsi sambungan internet anda daripada iPhone anda.

Lihat jumlah data yang anda gunakan

Untuk melihat jumlah data selular yang anda telah gunakan, pergi ke Seting > Selular, kemudian lakukan mana-mana yang berikut:

  • Lihat penggunaan data selular untuk app individu: Skrol bawah ke senarai app anda, kemudian ketik Tunjukkan Semua. Jumlah data selular yang digunakan kelihatan di bawah setiap app. Jika anda tidak mahu app menggunakan data selular, anda boleh menyahaktifkannya untuk app tersebut. Apabila data selular dinyahaktifkan, app hanya menggunakan Wi-Fi untuk data.

  • Lihat penggunaan data selular untuk perkhidmatan sistem individu: Perkhidmatan Sistem kelihatan di atas senarai app dalam bahagian selular. Data selular tidak boleh diaktifkan atau dinyahaktifkan untuk perkhidmatan sistem individu.

Anda boleh melihat statistik penggunaan data untuk app daripada tempoh semasa atau melihat statistik data untuk app yang menggunakan data semasa anda melancong. Untuk mereset statistik ini, pergi ke Seting > Selular, skrol ke bawah, kemudian ketik Reset Statistik.

Jika anda menggunakan iPhone dengan Dwi SIM, anda boleh melihat jumlah data selular yang anda telah gunakan dengan nombor data selular dipilih anda.

Nota: Untuk mendapatkan penggunaan data selular yang paling tepat daripada tempoh semasa, hubungi pembawa anda.

Setkan penggunaan data selular untuk app dan perkhidmatan

Pergi ke Seting  > Selular, kemudian aktifkan atau nyahaktifkan Data Selular untuk sebarang app (seperti Peta) atau perkhidmatan (seperti Wi-Fi Dibantu) yang boleh menggunakan data selular.

Jika seting tidak aktif, iPhone menggunakan Wi-Fi untuk perkhidmatan tersebut.

Nota: Wi-Fi Dibantu aktif secara lalai. Jika ketersambungan Wi-Fi lemah, Wi-Fi Dibantu bertukar ke data selular secara automatik untuk meningkatkan isyarat. Kerana anda terus bersambung ke internet melalui selular apabila anda mempunyai sambungan Wi-Fi yang lemah, anda mungkin menggunakan lebih banyak data selular, yang mungkin dikenakan caj tambahan bergantung pada pelan data anda. Lihat artikel Sokongan Apple Perihal Wi-Fi Dibantu.

Kunci kad SIM anda

Jika peranti anda menggunakan kad SIM untuk panggilan telefon atau data selular, anda boleh mengunci kad dengan nombor identiti peribadi (PIN) untuk menghalang orang lain daripada menggunakan kad tersebut. Kemudian, setiap kali anda memulakan semula peranti anda atau mengeluarkan kad SIM, kad anda dikunci secara automatik dan anda diminta untuk memasukkan PIN anda. Lihat Gunakan PIN SIM untuk iPhone atau iPad anda.

Untuk menambah eSIM, lihat Sediakan perkhidmatan selular.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.