Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Ambil potret dengan kamera iPhone anda

Anda boleh menggunakan kesan medan kedalaman yang mengekalkan subjek—orang, haiwan peliharaan atau objek—jelas sementara mencipta latar depan dan latar belakang dikaburkan yang cantik. Anda juga boleh menggunakan dan melaraskan kesan pencahayaan yang berbeza kepada potret anda.

Ambil potret

Skrin Kamera dalam mod Potret, dalam pemidang tilik, subjek kelihatan tajam dan latar belakang dikaburkan. Dial untuk memilih Pencahayaan Potret terbuka di bahagian bawah bingkai dan Cahaya Studio dipilih.
  1. Buka Kamera pada iPhone anda.

  2. Lakukan mana-mana daripada berikut:

  3. Seret kawalan Pencahayaan Potret untuk memilih kesan pencahayaan:

    • Cahaya Semula Jadi: Fokus tajam dengan latar belakang dikaburkan

    • Cahaya Studio: Pencahayaan yang terang dan bersih

    • Cahaya Kontur: Bayang dramatik dengan serlahan dan lampu rendah

    • Cahaya Pentas: Kesan lampu sorot terhadap latar belakang hitam

    • Cahaya Pentas Mono: Kesan Cahaya Pentas dalam hitam dan putih

    • Cahaya Terang Mono: Subjek skala kelabu pada latar belakang putih

  4. Ketik butang Pengatup atau klik Kawalan Kamera pada (model yang disokong) untuk mengambil potret.

Selepas anda mengambil potret, anda boleh mengeluarkan kesan jika anda mahu melihat imej tanpa kesan. Dalam app Foto, buka foto, ketik butang Edit, kemudian ketik Potret untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan kesan.

iPhone anda menangkap maklumat kedalaman apabila butang Kedalaman kelihatan semasa mengambil foto dalam mod Foto, supaya anda boleh menggunakan kesan potret kemudian walaupun anda tidak menggunakannya semasa mengambil foto asal. Lihat Gunakan kesan potret pada foto yang diambil dalam mod Foto.

Pada model disokong, mod Malam diaktifkan apabila anda mengambil potret dalam keadaan cahaya malap dengan kanta lebar (1x). Untuk mengetahui lebih lanjut tentang mod Malam, lihat Ambil foto mod Malam.

Laraskan kabur latar belakang:

Gunakan gelangsar Kawalan Kedalaman untuk melaraskan paras kabur latar belakang dalam potret anda.

  1. Buka Kamera pada iPhone anda.

  2. Leret kiri untuk memilih mod Potret atau kekal dalam mod Foto dan ketik butang Kedalaman Tidak Aktif pada (model yang disokong).

  3. Ketik butang Kawalan Kamera atau leret ke atas daripada mod Potret di bahagian bawah skrin.

  4. Ketik Apertur, kemudian seret gelangsar di bawah bingkai ke kanan atau kiri untuk melaraskan kesan.

  5. Ketik butang Status Kawalan Kamera untuk menutup gelangsar Kawalan Kedalaman.

Pada model yang disokong, anda juga boleh melaraskan kawalan kedalaman menggunakan Kawalan Kamera. Lihat Pilih dan laraskan seting Kawalan Kamera.

Selepas anda mengambil potret, anda boleh menggunakan gelangsar Kawalan Kedalaman dalam app Foto untuk melaraskan kesan kabur latar belakang dengan lebih lanjut. Lihat Edit foto mod Potret.

Laraskan Pencahayaan Potret

Laraskan kedudukan dan keamatan Pencahayaan Potret secara maya untuk menajamkan mata atau mencerahkan dan melicinkan ciri muka.

  1. Buka Kamera pada iPhone anda.

  2. Leret kiri untuk memilih mod Potret atau kekal dalam mod Foto dan ketik butang Kedalaman Tidak Aktif pada (model yang disokong).

  3. Seret kawalan Pencahayaan Potret untuk memilih kesan pencahayaan.

  4. Ketik butang Kawalan Kamera atau leret ke atas daripada mod Potret di bahagian bawah skrin.

  5. Ketik Keamatan, kemudian seret gelangsar di bawah bingkai ke kanan atau kiri untuk melaraskan kesan.

  6. Ketik butang Tutup Kawalan Keamatan Kesan Potret untuk menutup gelangsar Pencahayaan Potret.

Selepas anda menangkap potret, anda boleh mengedit paras Pencahayaan Potret dalam app Foto. Lihat Edit foto mod Potret.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.