Bermula dengan Safari pada iPhone

App Safari membawakan internet ke iPhone anda. Anda boleh melayari web, tandakan tapak web untuk dilawati semula kemudian, pastikan aktiviti pelayaran anda peribadi dan banyak lagi.

Tapak web dibuka dalam Safari, dengan tataletak tab Padat. Di bahagian bawah, dari kiri ke kanan ialah butang Balik, butang menu Halaman, medan carian, butang Muat Semula dan butang Lagi.

Layari web

Layari web atau cari jawapan untuk soalan khusus. Dalam medan carian, masukkan nama alamat web untuk halaman web, atau taipkan beberapa perkataan, frasa atau soalan.

Skrin Penanda Buku dan Semua Tab dalam app Safari, dengan pilihan untuk Kongsi, Tambah ke folder khusus, Tambah ke folder pilihan anda, tambah Tab Baharu dan tambah Tab Peribadi Baharu.

Tandakan tapak web

Simpan tapak web untuk dilawati kemudian. Ketik butang Lagi, kemudian ketik “Tambah Penanda Buku ke”.

Skrin Pelayaran Peribadi dalam app Safari. Perkataan Peribadi kelihatan dalam di bahagian bawah skrin.

Layari secara peribadi

Simpan aktiviti pelayaran kepada anda sendiri. Apabila anda menggunakan Pelayaran Peribadi, tab yang anda buka tidak kelihatan dalam Sejarah pada iPhone atau dalam senarai tab pada peranti lain anda. Ketik butang Lagi, ketik Semua Tab, kemudian leret ke kanan pada bar tab sehingga Peribadi kelihatan.

Menu Kosongkan Sejarah dalam app Safari. Di bawah Kosongkan Tempoh Masa, “Jam terakhir” dipilih. Butang Kosongkan Sejarah kelihatan di bahagian bawah skrin.

Keluarkan kuki dan kosongkan cache anda

Keluarkan kuki dan kosongkan cache pada iPhone untuk mengeluarkan kebenaran yang anda berikan kepada tapak web untuk menggunakan lokasi anda (atau menghantar pemberitahuan kepada anda) dan untuk memadamkan sejarah pelayaran anda. Ketik butang Lagi, ketik Penanda Buku, ketik butang Sejarah, ketik butang Lagi, kemudian ketik Kosongkan.

Nota: Mengosongkan sejarah pelayaran anda dalam Safari tidak mengosongkan sebarang sejarah pelayaran yang disimpan secara bebas oleh tapak web yang anda lawati, atau sejarah pelayaran anda dalam app lain.

Mahu mengetahui lebih lanjut?

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.