Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Gunakan pas dalam Wallet pada iPhone

Gunakan app Wallet untuk menyimpan semua pas anda—seperti kad kesetiaan dan ganjaran, kupon, pas naik, tiket filem dan acara anda serta banyak lagi—di satu tempat yang menyenangkan untuk akses yang mudah. Pas boleh mengandungi maklumat berguna, seperti mata kad kesetiaan, baki pada kad kopi anda, tarikh luput kupon, atau maklumat lapangan terbang dan menaiki penerbangan.

Tambah pas ke Apple Wallet

Apabila anda melakukan sesuatu seperti membeli tiket, anda kerap mempunyai pilihan untuk menambahnya ke Apple Wallet. Anda juga mungkin memperoleh pas disokong daripada tapak web atau app, kod QR, perkongsian AirDrop atau selepas anda menggunakan Apple Pay dengan pedagang yang mengambil bahagian.

  1. Ketik Tambah ke Apple Wallet.

    Ketik Tambah ke butang Apple Wallet.

    Nota: Jika anda tidak melihat Tambah ke Apple Wallet, hubungi pedagang atau syarikat untuk memastikan mereka menyokong pas dalam Apple Wallet.

  2. Ketik Tambah di penjuru kanan atas atau ikuti arahan atas skrin.

Lihat butiran dan seting pas

Pas boleh mengandungi maklumat berguna, seperti mata kad kesetiaan, baki pada kad kopi anda, tarikh luput kupon, atau maklumat lapangan terbang dan menaiki penerbangan.

Pas naik dalam app Wallet menunjukkan maklumat penerbangan dan kod QR di bahagian bawah.
  1. Pergi ke app Wallet  pada iPhone anda.

  2. Ketik pas.

  3. Untuk melihat maklumat lanjut, ketik butang Lagi, kemudian ketik Butiran Kad.

Gunakan pas

  1. Akses pas pada iPhone anda dengan mana-mana cara berikut:

    • Pada Skrin Kunci, ketik pemberitahuan pas. Jika digesa, sahkan dengan Face ID, Touch ID atau kod laluan anda.

    • Jika Pilihan Automatik diaktifkan untuk pas, dwiklik butang sisi (pada iPhone dengan Face ID) atau dwiklik butang Utama (pada iPhone SE). Jika digesa, sahkan dengan Face ID, Touch ID atau kod laluan anda.

    • Pergi ke app Wallet , kemudian ketik pas.

  2. Untuk menunjukkan pas, lakukan salah satu daripada yang berikut:

    • Pas tanpa sentuhan: Pegang bahagian atas iPhone anda berdekatan pembaca pas sehingga Selesai atau tanda semak kelihatan pada skrin.

    • Pas dengan kod bar atau kod QR: Tunjukkan kod kepada pembaca.

Gunakan kad kesetiaan dengan Apple Pay

Di kedai yang mengambil bahagian, anda boleh menerima atau menebus ganjaran apabila anda menunjukkan kad kesetiaan semasa pembayaran.

  1. Tambah kas kesetiaan anda ke app Wallet .

  2. Untuk menjadikan kad kesetiaan anda kelihatan secara automatik apabila anda dalam kedai, ketik butang Lagi pada kad, ketik Butiran Pas, kemudian aktifkan Pilihan Automatik.

  3. Di terminal bayaran di kedai, letakkan kad kesetiaan anda dengan memegang iPhone berdekatan pembaca tanpa sentuhan.

    Wallet kemudiannya bertukar kepada kad bayaran lalai anda supaya anda boleh melengkapkan pembelian. Di sesetengah kedai, anda boleh menunjukkan kad kesetiaan anda dan kad bayaran dalam satu langkah. Di kedai lain, anda perlu menunggu sehingga terminal atau juruwang meminta bayaran.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.