Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Tambah dan uruskan pas dalam Wallet pada iPhone

Gunakan app Wallet untuk menyimpan kad ganjaran, kupon, pas naik, tiket filem dan acara anda serta banyak lagi di satu tempat untuk akses yang mudah. Pas boleh mengandungi maklumat berguna, seperti baki pada kad kopi anda, tarikh luput kupon, atau maklumat menaiki penerbangan.

Skrin Wallet, menunjukkan bahagian atas beberapa kad kredit dan debit serta pas.
(Kad Apple Cash hanya tersedia di A.S.)

Tambah pas

Anda mungkin diminta untuk menambah pas dalam app selepas anda melaksanakan tindakan seperti membeli tiket. Atau, anda boleh mengetik Tambah ke Apple Wallet apabila anda melihatnya daripada yang berikut:

  • App didayakan Wallet

  • Mail atau Mesej

  • Pelayar web seperti Safari

  • Perkongsian AirDrop

  • Pemberitahuan Wallet selepas anda menggunakan Apple Pay di pedagang yang disokong

  • Kod QR atau kod bar

    Untuk mengimbas kod, buka app Kamera , kemudian letakkan iPhone supaya kod muncul pada skrin.

Susun semula pas anda

  1. Dalam tindanan Wallet, sentuh dan tahan pas yang anda mahu alihkan.

  2. Seret pas ke tempat baru dalam tindanan.

    Tertib pas dikemas kini pada iPhone, iPod touch dan Apple Watch anda yang anda daftar masuk dengan Apple ID anda.

Lihat maklumat untuk pas dan tukar setingnya

  1. Ketik pas, kemudian ketik butang Lagi.

  2. Pilih mana-mana yang berikut (tidak semua pilihan tersedia pada semua pas):

    • Kemas Kini Automatik: Benarkan pas untuk menerima kemas kini daripada pengeluar.

    • Cadang pada Skrin Kunci: Tunjukkan pas berdasarkan masa atau lokasi.

      Untuk membenarkan akses lokasi, pergi ke Seting  > Privasi > Perkhidmatan Lokasi > Wallet, kemudian ketik Semasa Menggunakan App.

    • Pilihan Automatik: Pilih pas ketika diminta.

    • Kongsi Pas: Hantar pas kepada rakan menggunakan Mail atau Mesej.

    • Keluarkan pas: Memadam pas daripada semua peranti anda yang anda daftar masuk dengan Apple ID anda.

  3. Skrol ke bawah untuk melihat maklumat lain seperti app berkaitan, butiran penggunaan, serta terma dan syarat.

Tukar seting untuk semua pas anda

  • Pastikan pas anda terkini pada semua peranti lain anda: Daftar masuk dengan Apple ID anda pada iPhone, iPod touch dan Apple Watch anda.

    Nota: Seting ini hanya digunakan pada pas dalam Wallet, bukan pada kad yang anda gunakan dengan Apple Pay.

  • Setkan pilihan pemberitahuan: Pergi ke Seting  > Pemberitahuan > Wallet.

  • Halang pas daripada muncul pada Skrin Kunci: Pergi ke Seting > Wallet & Apple Pay, kemudian nyahaktifkan Dwiklik Butang Sisi (pada iPhone dengan Face ID) atau Dwiklik Butang Utama (pada model iPhone lain).

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.