Dengar dan balas mesej dengan AirPods pada iPhone

Dengan Umumkan Mesej, anda boleh mendengar mesej anda dengan AirPods anda (tidak tersedia pada AirPods generasi pertama; iOS 14.3 atau lebih baru diperlukan untuk AirPods Max). Apabila iPhone anda dikunci, AirPods disambungkan pada iPhone dan mesej tiba, bunyi loceng dan Siri mula membacakan mesej.

Balas mesej

Sebut sesuatu seperti “Balas ini berita baik”.

Siri mengulangi perkara yang anda sebut, kemudian meminta pengesahan sebelum menghantar balasan anda. Untuk menghantar balasan tanpa menunggu pengesahan, pergi ke Seting  > Siri & Carian > Umumkan Mesej, kemudian aktifkan Balas tanpa Pengesahan.

Hentikan Siri daripada membaca mesej

Anda boleh melakukan mana-mana yang berikut:

  • Sebutkan sesuatu seperti “Berhenti” atau “Batal”.

  • Tekan Digital Crown (AirPods Max).

    Ilustrasi menunjukkan lokasi Digital Crown pada sebelah kanan fon kepala AirPods Max.

    Nota: Semasa mendengar mesej, anda boleh memutar Digital Crown untuk menukar kelantangan.

  • Tekan salah satu Force Sensor (AirPods Pro).

    Ilustrasi AirPod kanan menunjukkan lokasi Force Sensor. Apabila AirPod diletakkan di dalam telinga, Force Sensor berada di pinggir atas batang.
  • Dwiketik salah satu AirPods anda (generasi ke-2).

  • Keluarkan salah satu AirPods anda (AirPods Pro dan AirPods generasi ke-2)

Jika anda tidak mengaktifkan Umumkan Mesej apabila anda menyediakan AirPods anda, pergi ke Seting  > Siri & Carian > Umumkan Mesej, kemudian aktifkan Umumkan Mesej dengan Siri.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.