Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Semak mel suara anda pada iPhone

Dalam app Telefon , Mel Suara Visual (tersedia daripada pembawa terpilih) menunjukkan senarai mesej anda. Anda boleh memilih yang mana satu untuk dimainkan dan dipadam tanpa mendengar kesemuanya. Lencana pada ikon Mel Suara menandakan bilangan mesej yang belum didengar.

Transkripsi mel suara (beta; tersedia hanya di sesetengah negara atau rantau) menunjukkan mesej anda ditranskripkan menjadi teks. Transkripsi terhad kepada mel suara dalam bahasa Inggeris yang diterima pada iPhone anda dengan iOS 10 atau lebih baru. Transkripsi bergantung kepada kualiti rakaman.

Nota: Mel Suara, Mel Suara Visual dan transkripsi Mel Suara tersedia daripada pembawa terpilih di negara atau rantau terpilih.

Sediakan mel suara

Kali pertama anda mengetik Mel Suara, anda digesa untuk mencipta kata laluan mel suara dan merakamkan ucapan mel suara anda.

  1. Ketik Mel Suara, kemudian ketik Sediakan Sekarang.

  2. Cipta kata laluan mel suara.

  3. Pilih sapaan—Lalai atau Tersuai; jika anda memilih Tersuai, anda boleh merakam sapaan yang baru.

Main, kongsi atau padam mesej mel suara

Minta Siri. Sebutkan sesuatu seperti: “Adakah saya mempunyai mel suara baru?” atau “Mainkan mel suara daripada Eliza.” Ketahui cara meminta Siri.

Atau lakukan yang berikut:

  1. Ketik Mel Suara, kemudian ketik mesej.

  2. Lakukan mana-mana daripada berikut:

    • Mainkan mesej: Ketik butang Main.

      Mesej disimpan sehingga anda memadamkannya atau pembawa anda memadamkannya.

    • Kongsi mesej: Ketik butang Kongsi.

    • Padamkan mesej: Ketik butang Padam.

      Penting: Di beberapa negara atau rantau, mesej yang dipadam mungkin dipadam secara kekal oleh pembawa anda. Mesej suara anda juga mungkin dipadamkan jika anda menukar kad SIM anda.

Untuk memulihkan mesej yang dipadamkan, ketik Mesej Dipadam, ketik mesej, kemudian ketik Batalkan.

Dapatkan mesej anda apabila Mel Suara Visual tidak tersedia

  • Pada iPhone anda: Ketik Mel Suara, kemudian ikuti arahan atas skrin.

  • Pada telefon lain: Dail nombor mudah alih anda sendiri, tekan * atau # (bergantung pada pembawa anda) untuk melepasi sapaan anda, kemudian masukkan kata laluan mel suara anda.

Tukar seting mel suara anda

  • Tukar sapaan anda: Ketik Mel Suara, kemudian ketik Sapaan.

  • Tukar kata laluan mel suara anda: Pergi ke Seting  > Telefon > Tukar Kata Laluan Mel Suara, kemudian masukkan kata laluan baru.

    Jika anda terlupa kata laluan mel suara anda, hubungi pembawa wayarles anda.

  • Tukar isyarat untuk mel suara baru: Pergi ke Seting > Bunyi & Haptik atau Seting > Bunyi.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.