Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Lukis atau tulis dalam Nota pada iPhone

Gunakan app Nota untuk melukis lakaran atau mencatat nota tulisan tangan dengan jari anda. Anda boleh memilih daripada pelbagai alat Penanda dan warna dan lukis garisan lurus dengan pembaris.

Nota menunjukkan lukisan dengan teks tulisan tangan.

Lukis atau tulis dalam nota

  1. Ketik butang Tulisan Tangan, kemudian lukis atau tulis dengan jari anda.

  2. Gunakan alat Penanda untuk menukar warna atau alat.

  3. Untuk melaraskan kawasan tulisan tangan, seret pemegang saiz semula ke atas atau ke bawah.

Petua: Anda boleh mencari teks tulisan tangan (dalam bahasa disokong) dalam Nota. Jika nota tidak mempunyai tajuk, baris pertama teks tulisan tangan menjadi cadangan tajuk. Untuk mengedit tajuk, skrol ke bahagian atas nota, kemudian ketik Edit.

Pilih dan edit lukisan dan tulisan tangan

  1. Dalam bar alat Penanda, ketik alat laso (di antara pemadam dan pembaris).

  2. Sentuh dan tahan untuk memilih lukisan dan tulisan tangan, kemudian seret untuk mengembangkan pilihan.

    Laraskan pilihan dengan menyeret pemegang jika perlu.

  3. Ketik pilihan, kemudian pilih Potong, Tampal, Padam, Duplikasi, Salin sebagai Teks, atau Masukkan Ruang di Atas.

    Jika anda memilih Salin sebagai Teks, anda boleh menampal teks ditranskripsikan dalam nota berlainan atau app berlainan.

Tunjukkan garis atau grid dalam nota

  • Dalam nota sedia ada: Ketik butang Tindakan Nota, ketik Garis & Grid, kemudian pilih gaya.

  • Pilih gaya lalai untuk semua nota baru: Pergi ke Seting  > Nota > Garis & Grid.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.