Mula dan hentikan main balik audio iPhone dengan AirPods

AirPods mengesan apabila anda memakainya dan ia memainkan atau menghentikan audio secara automatik daripada iPhone anda. Untuk menjeda, meneruskan, atau melangkau main balik audio, anda boleh menggunakan Digital Crown pada AirPods Max, Force Sensor pada AirPods Pro dan mengetik pada AirPods (generasi pertama dan kedua).

Dengar perkara yang dimainkan pada iPhone anda

  • AirPods Max: Letakkan AirPods Max pada kepala anda.

  • AirPods Pro dan AirPods (generasi pertama dan ke-2): Letakkan satu atau kedua-dua AirPods dalam telinga anda.

Hentikan audio

  • AirPods Max: Tanggalkan AirPods Max daripada kepala anda.

  • AirPods Pro dan AirPods (generasi pertama dan ke-2): Keluarkan kedua-dua AirPods daripada telinga anda, atau jika anda hanya memakai satu AirPods, keluarkan AirPods tersebut.

Jeda audio

Langkau trek

  • AirPods Max: Untuk melangkau ke depan, tekan Digital Crown dua kali dengan cepat. Untuk melangkau ke belakang, tekan Digital Crown tiga kali dengan cepat.

  • AirPods Pro: Untuk melangkau ke depan, tekan Force Sensor dua kali pada salah satu AirPods anda. Untuk melangkau ke belakang, tekan sensor tiga kali.

  • AirPods: (Generasi ke-2) Untuk melangkau ke depan, dwiketik salah satu AirPods anda. Anda boleh mengeset salah satu AirPods anda untuk melangkau ke belakang apabila anda dwiketik AirPods. Lihat Tukar nama dan seting lain untuk AirPods (generasi pertama dan ke-2).

  • AirPods: (Generasi pertama) Anda boleh mengeset salah satu AirPods anda untuk melangkau ke depan atau ke belakang apabila anda dwiketik AirPods. Lihat Tukar nama dan seting lain untuk AirPods (generasi pertama dan ke-2).

Jika anda tidak mahu AirPods memainkan atau menghentikan audio secara automatik, anda boleh menyahaktifkan Pengesanan Kepala Automatik atau Pengesanan Telinga Automatik.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.