Kawal audio ruang pada AirPods dengan iPhone

Apabila anda menonton rancangan atau filem disokong, AirPods Max (iOS 14.3 atau lebih baru) dan AirPods Pro menggunakan audio ruang untuk mencipta pengalaman bunyi sekeliling yang mengasyikkan. Audio ruang juga disertakan penjejakan kepala dinamik. Dengan penjejakan kepala dinamik, anda mendengar saluran bunyi sekeliling di tempat yang betul, walaupun anda memusingkan kepala atau menggerakkan iPhone anda.

Ketahui cara audio ruang berfungsi

  1. Letakkan AirPods Max pada kepala anda atau letakkan kedua-dua AirPods Pro dalam telinga anda, kemudian pergi ke Seting  > Bluetooth.

  2. Dalam senarai peranti, ketik butang Tindakan Tersedia bersebelahan AirPods Max atau AirPods Pro anda, kemudian ketik Lihat & Dengari Cara Ciri Ini Berfungsi.

Aktifkan atau nyahaktifkan audio ruang semasa menonton rancangan atau filem

Buka Pusat Kawalan, tekan dan tahan kawalan kelantangan, kemudian ketik Audio Ruang di bahagian kanan bawah.

Aktifkan atau nyahaktifkan audio ruang untuk semua rancangan dan filem

  1. Pergi ke Seting  > Bluetooth.

  2. Dalam senarai peranti, ketik butang Tindakan Tersedia bersebelahan AirPods anda.

  3. Aktifkan atau nyahaktifkan Audio Ruang.

Nyahaktifkan penjejakan kepala dinamik

  1. Pergi ke Seting  > Kebolehcapaian > Fon Kepala.

  2. Ketik nama fon kepala anda, kemudian nyahaktifkan Ikut iPhone.

Penjejakan kepala dinamik menjadikan bunyi seperti audio datang daripada iPhone anda, walaupun semasa kepala anda bergerak. Jika anda menyahaktifkan penjejakan kepala dinamik, audio berbunyi seperti ia mengikuti pergerakan kepala anda.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.