Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Sambungkan iPhone ke internet

Sambungkan iPhone anda ke internet menggunakan rangkaian Wi-Fi atau selular tersedia.

Sambungkan iPhone ke rangkaian Wi-Fi

  1. Pergi ke Seting  > Wi-Fi, kemudian aktifkan Wi-Fi.

  2. Ketik satu daripada berikut:

    • Rangkaian: Masukkan kata laluan, jika diperlukan.

    • Lain: Sertai rangkaian tersembunyi. Masukkan nama rangkaian tersembunyi, jenis keselamatan dan kata laluan.

Jika ikon Wi-Fi muncul di bahagian atas skrin, iPhone disambungkan ke rangkaian Wi-Fi. (Untuk mengesahkan ini, buka Safari untuk melihat halaman web.) iPhone bersambung semula apabila anda kembali ke lokasi yang sama.

Sertai Hotspot Peribadi

Jika iPad (Wi-Fi + Cellular) atau iPhone lain berkongsi Hotspot Peribadi, anda boleh menggunakan sambungan internet selularnya.

Pergi ke Seting  > Wi-Fi, kemudian pilih nama peranti yang berkongsi Hotspot Peribadi.

Jika diminta kata laluan pada iPhone anda, masukkan kata laluan yang ditunjukkan dalam Seting > Selular > Hotspot Peribadi pada peranti yang berkongsi Hotspot Peribadi.

Sambungkan iPhone ke rangkaian selular

iPhone anda bersambung ke rangkaian data selular pembawa anda secara automatik jika rangkaian Wi-Fi tidak tersedia. Jika iPhone tidak bersambung, semak yang berikut:

  1. Sahkan bahawa SIM anda diaktifkan dan dibuka kunci. Lihat Sediakan perkhidmatan selular pada iPhone.

  2. Pergi ke Seting  > Selular.

  3. Sahkan bahawa Data Selular diaktifkan. Pada model dengan Dwi SIM, ketik Data Selular, kemudian sahkan talian yang dipilih. (Anda boleh memilih hanya satu talian untuk data selular.)

Apabila anda memerlukan sambungan internet, iPhone melakukan yang berikut, dalam tertib, sehingga sambungan dibuat:

  • Cuba untuk bersambung ke rangkaian Wi-Fi tersedia yang terbaru digunakan

  • Menunjukkan senarai rangkaian Wi-Fi dalam julat liputan dan bersambung ke rangkaian yang anda pilih

  • Bersambung ke rangkaian data selular pembawa anda

    Nota: Jika sambungan Wi-Fi ke internet tidak tersedia, app dan perkhidmatan mungkin memindahkan data menerusi rangkaian selular pembawa anda, yang mungkin dikenakan bayaran tambahan. Hubungi pembawa anda untuk mendapatkan maklumat tentang kadar pelan data selular anda. Untuk mengurus penggunaan data selular, lihat Lihat atau tukar seting data selular pada iPhone.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.