Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Tambah atau tukar papan kekunci pada iPhone

Anda boleh mengaktifkan atau menyahaktifkan ciri menaip, seperti semak ejaan; menambah papan kekunci untuk menulis dalam bahasa lain; dan menukar tataletak papan kekunci atas skrin atau wayarles anda.

Jika anda menambah papan kekunci untuk bahasa lain, anda boleh menaipkan dua bahasa tanpa perlu menukar antara papan kekunci. Papan kekunci anda bertukar antara dua bahasa yang anda gunakan paling kerap secara automatik. (Tidak tersedia untuk semua bahasa.)

Tambah atau keluarkan papan kekunci untuk bahasa lain

  1. Pergi ke Seting  > Umum > Papan Kekunci.

  2. Ketik Papan Kekunci, kemudian lakukan mana-mana yang berikut:

    • Tambah papan kekunci: Ketik Tambah Papan Kekunci Baru, kemudian pilih papan kekunci daripada senarai. Ulang untuk menambah lagi papan kekunci.

    • Keluarkan papan kekunci: Ketik Edit, ketik butang Padam bersebelahan papan kekunci yang anda mahu keluarkan, ketik Padam, kemudian ketik Selesai.

    • Susun semula senarai papan kekunci anda: Ketik Edit, seret butang Susun Semula bersebelahan papan kekunci ke tempat baru dalam senarai, kemudian ketik Selesai.

Jika anda menambah papan kekunci untuk bahasa berbeza, bahasa yang berkenaan ditambah secara automatik ke senarai Tertib Bahasa Pilihan. Anda boleh melihat senarai ini dan menambah bahasa secara terus dalam Seting > Umum > Bahasa & Rantau. Anda juga boleh menyusun semula senarai untuk menukar cara app dan tapak web memaparkan teks.

Tukar ke papan kekunci lain

  1. Semasa menaip teks, sentuh dan tahan kekunci Papan Kekunci Seterusnya, Emoji atau kekunci Tukar Papan Kekunci.

  2. Ketik nama papan kekunci yang anda mahu tukar.

Anda juga boleh mengetik kekunci Papan Kekunci Emoji Seterusnya atau kekunci Tukar Papan Kekunci untuk bertukar daripada ke satu papan kekunci kepada yang lain. Teruskan mengetik untuk mengakses papan kekunci didayakan yang lain.

Untuk bertukar antara papan kekunci pada Magic Keyboard, lihat Tukar antara papan kekunci bahasa dan emoji.

Tetapkan tataletak alternatif pada papan kekunci

Anda boleh menggunakan tataletak papan kekunci alternatif yang tidak sepadan dengan kekunci pada papan kekunci anda.

  1. Pergi ke Seting  > Umum > Papan Kekunci > Papan Kekunci.

  2. Ketik bahasa di bahagian atas skrin, kemudian pilih tataletak alternatif daripada senarai.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.