Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Cipta dan edit peristiwa dalam Kalendar pada iPhone

Gunakan app Kalendar untuk mencipta dan mengedit peristiwa, temu janji dan mesyuarat.

Kalendar dalam paparan hari menunjukkan peristiwa hari tersebut. Ketik butang Kalendar di bahagian bawah skrin untuk menukar akaun kalendar. Ketik butang Peti Masuk di bahagian kanan bawah untuk melihat jemputan.

Minta Siri. Sebutkan sesuatu seperti:

  • “Setkan mesyuarat dengan Gordon pada pukul 9 pagi”

  • “Adakah saya mempunyai mesyuarat pada pukul 10?”

  • “Di manakah mesyuarat 3:30 saya?”

Ketahui cara meminta Siri

Tambah peristiwa

  1. Dalam paparan hari, ketik butang Tambah di bahagian atas skrin.

  2. Masukkan tajuk dan lokasi peristiwa.

  3. Leret ke bawah jika perlu untuk memasukkan masa mula dan tamat, masa perjalanan, jemputan dan seterusnya.

  4. Ketik Tambah.

Tambah isyarat

Anda boleh setkan isyarat agar diingatkan tentang peristiwa terlebih dahulu.

  1. Ketik peristiwa, kemudian ketik Edit berdekatan bahagian kanan atas.

  2. Dalam butiran peristiwa, ketik Isyarat.

  3. Pilih waktu yang anda mahu diingatkan.

    Contohnya, “Pada waktu peristiwa”, “5 minit sebelum”, atau pilihan lain.

    Nota: Jika anda menambah alamat lokasi peristiwa, Kalendar menggunakan Peta Apple untuk mencari lokasi, keadaan trafik dan pilihan transit untuk memberitahu anda apabila tiba masa untuk bertolak.

Tambah lampiran

Anda boleh menambah lampiran ke peristiwa Kalendar untuk berkongsi dengan jemputan.

  1. Ketik peristiwa, kemudian ketik Edit berdekatan bahagian kanan atas.

  2. Dalam butiran peristiwa, ketik Tambah lampiran.

    App Fail dibuka, memaparkan fail terbaru dibuka anda.

  3. Cari fail yang anda mahu lampirkan.

    Untuk mencari fail, anda boleh memasukkan namanya dalam medan carian, skrol, ketik folder untuk membukanya, ketik Layari untuk mencari dalam lokasi lain (seperti iCloud Drive) dan seterusnya. Lihat Lihat fail dan folder dalam Fail pada iPhone.

  4. Ketik Selesai.

Untuk mengeluarkan lampiran, ketik peristiwa, ketik Edit berdekatan bahagian kanan atas, leret ke kiri di atas lampiran, kemudian ketik Keluarkan.

Cari peristiwa dalam app lain

Siri boleh mencadangkan peristiwa yang terdapat dalam Mail, Mesej dan Safari—seperti tempahan penerbangan dan tempahan hotel—supaya anda boleh menambahnya dengan mudah dalam Kalendar.

  1. Pergi ke Seting  > Kalendar > Siri & Carian.

  2. Aktifkan Tunjukkan Cadangan Siri dalam App untuk membenarkan Siri mencadangkan peristiwa yang terdapat dalam app lain.

Untuk membenarkan Siri memberikan cadangan dalam app lain berdasarkan cara anda menggunakan Kalendar, aktifkan Belajar daripada App ini.

Edit peristiwa

Anda boleh menukar waktu peristiwa dan sebarang butiran peristiwa lain.

  • Tukar waktu: Dalam paparan hari, sentuh dan tahan peristiwa, kemudian seretnya ke masa baru, atau laraskan titik pemegang.

  • Tukar butiran peristiwa: Ketik peristiwa, ketik Edit berdekatan bahagian kanan atas, kemudian dalam butiran peristiwa, ketik seting untuk menukarnya, atau ketik dalam medan untuk menaip maklumat baru.

Padam peristiwa

Dalam paparan hari, ketik peristiwa, kemudian ketik Padam Peristiwa di bahagian bawah skrin.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.