Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Uruskan pembelian dan seting iTunes Store anda pada iPhone

Dalam app iTunes Store , anda boleh menyemak dan muat turun muzik, filem dan rancangan TV yang dibeli oleh anda atau ahli keluarga lain. Anda juga boleh menyesuaikan keutamaan anda untuk iTunes Store dalam Seting.

Luluskan pembelian dengan Perkongsian Keluarga

Dengan Perkongsian Keluarga disediakan, penganjur keluarga boleh menyemak dan meluluskan pembelian yang dibuat oleh ahli keluarga lain di bawah had umur tertentu. Lihat Aktifkan Minta untuk Beli untuk kanak-kanak pada iPhone.

Lihat dan muat turun muzik, filem, atau rancangan TV yang dibeli oleh anda atau ahli keluarga lain

  1. Dalam iTunes Store, ketik Lagi, kemudian ketik Dibeli.

  2. Jika anda menyediakan Perkongsian Keluarga, pilih ahli keluarga untuk melihat pembelian mereka.

    Nota: Anda boleh melihat pembelian yang dibuat oleh ahli keluarga hanya jika mereka memilih untuk berkongsi pembelian mereka.

  3. Ketik Muzik, Filem, atau Rancangan TV.

  4. Cari item yang anda mahu muat turun, kemudian ketik butang Muat Turun.

Lihat seluruh sejarah pembelian iTunes Store anda

Untuk melihat senarai kronologi app, lagu, filem, rancangan TV, buku dan item lain yang anda beli dengan Apple ID anda, lihat sejarah pembelian iTunes Store anda .

Dalam sejarah pembelian, anda boleh melakukan mana-mana daripada berikut:

  • Lihat apabila tempahan dibilkan kepada akaun anda.

  • Lihat tarikh pembelian.

  • Hantar semula resit e-mel.

  • Laporkan masalah dengan kandungan yang dibeli.

Setkan pengehadan kandungan

Selepas anda mengaktifkan pengehadan kandungan dan privasi, pergi ke Seting  > Masa Skrin > Pengehadan Kandungan & Privasi > Pengehadan Kandungan, kemudian setkan sebarang pengehadan tersedia. Anda boleh menyekat kandungan eksplisit, menyahaktifkan video muzik, mengehadkan kandungan mengikut penilaian sesuai umur dan banyak lagi.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.